Selain daripada keluarga, sahabat baik juga merupakan individu yang penting dan bermakna dalam hidup kita. Pada waktu susah atau senang, sahabat baik boleh jadi peneman untuk kita berkongsi masalah dan saling bertukar pendapat antara satu sama lain. Justeru, tidak peliklah jika seseorang itu sanggup berhabis duit dan masa semata-mata untuk menggembirakan hati rakan baik mereka.
Baru-baru ini, viral di media sosial apabila seorang remaja membuat pelbagai perkara dan aktiviti bagi menyambut hari kelahiran sahabat baiknya sehingga mengharukan hati rata-rata netizen yang menonton.
Hadiahkan member kasut
11.11 haritu harijadi member aku ni, dia duk pakai kasut futsal dia lama dah sampai dah teruk sangat koyak so aku belikan baru hahaha member sampai nak nangis??
Nak tanya saiz taknak bagi kantoi is not an easy game Lol haha pic.twitter.com/ST21YB6tto— ? ? ? ? ? ? (@poxjaxx) November 17, 2019
Menerusi perkongsian pengguna Twitter poxjaxx ini, dia memberikan kejutan kepada rakan karibnya sempena hari kelahiran lelaki itu pada 11 November lalu.
Apa yang menariknya, dia telah menghadiahkan sepasang kasut berjenama kepada rakannya itu sehingga membuatkan lelaki tersebut terharu dan hampir menangis.
Luang masa 3 hari
So day 1, kitorang gerak ke Jumpstreet Asia, aku blanja dia main tu sampai lebam hahaha
Most important is dia happy masa tu, tu je apa yg aku nak pic.twitter.com/jJEK1W2c1w
— ? ? ? ? ? ? (@poxjaxx) November 17, 2019
Cerita remaja ini, dia telah memandu dari Johor ke Shah Alam bagi meluangkan masa selama 3 hari bersama kawan baiknya.
Apa yang menariknya, dia berkata mereka berdua telah mengenali antara satu sama lain dan bersahabat baik sejak dari usia 5 tahun lagi.
Remaja itu kemudiannya turut membuat thread aktiviti yang dilakukan mereka bersama sempena hari jadi kawan baiknya itu.
Lawan Fifa
Malam tu kitorang makan oden sambil layan netflix pastu sambung fifa19 sampai lebam haha pic.twitter.com/cI4hmW9vlo
— ? ? ? ? ? ? (@poxjaxx) November 17, 2019
Belanja main besbol
Tengok tu bahagia je hahahaha pic.twitter.com/78me9auaRO
— ? ? ? ? ? ? (@poxjaxx) November 17, 2019
Tonton wayang, mandi kolam
Day 3, kitorang mandi kolam pulak, menggamit memori kitorang dulu yang selalu curi curi mandi sungai tanpa mak ayah tahu pastu baring atas tar nak bagi badan kering?? taknak bagi kantoi punya pasal haha pic.twitter.com/jXdbQMeaTj
— ? ? ? ? ? ? (@poxjaxx) November 17, 2019
Meluangkan masa selama 3 hari bersama-sama, mereka juga turut melakukan aktiviti seperti renang dan mengimbau semula kenangan mereka sewaktu kecil dulu.
19 tahun persahabatan
We both come from a poor family, sbb tu bila aku ada rezeki sikit aku bagi dia rasa apa yang orang lain dapat rasa. Kan? pic.twitter.com/wNlzthnuGR
— ? ? ? ? ? ? (@poxjaxx) November 17, 2019
Lebih mengharukan menurut remaja ini, apa yang dilakukan dirinya terhadap sahabat baiknya itu tidak dapat dibandingkan dengan persahabatan mereka selama 19 tahun.
Netizen terharu
Perkongsian remaja ini telah membuatkan netizen terharu dengan persahabatan di antara mereka berdua.
Malah, rata-rata netizen juga turut gembira dengan nilai persahabatan yang ada pada mereka selain turut memuji usaha yang dilakukan remaja itu terhadap rakan baiknya.
Sumber: Twitter poxjaxx