Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz memaklumkan sedang hamil anak ketiga selepas mengalami keguguran.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akui Suami Senang Mendalami Islam Tanpa Tekanan
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Perjelas Pokok Krismas Dalam Rumah – ‘Saya Ada Dua Pembantu Beragama Kantolik, Benarkan Mereka Sambut’
Hamil anak ketiga
@sashaabdaziz Bismillahhirrahmanirrahim. Lama da nk bagitahu tapi tunggu masa yg sesuai??? Sempena nifsu syaaban ni mintak doakan smoga kandungan mummy sha sihat walafiat dan mummy sha doakan untuk yg tengah ttc teruskn perjuangan you all semua. Allah maha mendengar Allah maha baik dan berkuasa. Doakan kami sekeluarga yee???? Amin ya rabbal alamin. Baby no 3 is coming??? #fyp??viral #family #motherdaughter #husbandwife
Menerusi perkongsian di TikTok, Sasha mendedahkan kandungannya sebelum ini hanya bertahan selama enam minggu.
Jun lalu saya disahkan hamil tapi tak ada rezeki, kandungan itu berhenti pada minggu keenam.
Walau bagaimanapun, Sasha tidak pernah berputus asa dari mencuba untuk mendapatkan zuriat sehinggalah disahkan hamil.
Tapi Allah maha berkuasa, saya tetap ikhtiar TTC (trying to conceive) selama tiga bulan. Alhamdulillah pada hujung September lalu, saya buat ujian kehamilan dan hamil sekali lagi.
Allah tahu, saya nak sangat-sangat anak ketiga. Rezeki yang paling bermakna untuk kami sekeluarga.
Mohon doa
Menurut ibu kepada dua orang anak itu, suaminya Daily Doseof Liu sangat menantikan kehadiran cahaya mata ketiga mereka.
Dalam masa yang sama, Sasha turut memohon agar semua pengikutnya di media sosial mendoakan dirinya dan kandungan.
Lama nak beritahu tapi tunggu masa yang sesuai. Sempena Nisfu Syaaban ini, saya nak minta doakan semoga kandungan sihat.
Saya doakan untuk yang tengah TTC, teruskan perjuangan anda semua. Allah maha mendengar, maha baik dan berkuasa.
Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.
Sumber: TikTok Sasha Abdul Aziz