Hampir setiap hari, pasti ada sahaja isu yang timbul membabitkan pelakon kontroversi, Fathia Latiff di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Seorang Ibu Sanggup Guna Ilmu Hitam & Ada Niat Untuk Bunuh Anak Sendiri’ – Fathia Latiff
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Berdendam Dekat Dua Orang Bodoh Tu’ – Fathia Latiff
Tak suka orang Sabah?
Terbaharu, Fathia atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, berkata dia tidak menyukai dan membenci individu yang berasal dari negeri Sabah.
Malah, aktres itu mendakwa masyarakat asal negeri di bawah bayu itu mengamalkan amalan syirik.
Orang Sabah sila jangan ganggu saya. Saya benci orang Sabah, orang syirik. Banyak orang Sabah yang syirik. Jadi saya palau (abaikan) orang Sabah.
Fathia berkata demikian ketika melakukan sesi siarang langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Dalam sesi tersebut, pelakon drama Ariana Rose itu berkata dia tidak mahu orang Sabah menonton siaran langsung berkenaan.
Orang Sabah jangan masuk sini (live), saya menyampah.
Pun begitu, aktres berkenaan tidak menyatakan alasan mengapa dia membenci masyarakat Sabah.
Sebelum ini, nama Fathia menjadi bualan netizen selepas dia mengutuk beberapa rakan selebriti, antaranya Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Redza, Zarina Anjoulie dan beberapa lagi.
Fathia pernah menggelar wajah Zahirah seperti pembantu rumah atau bibik dan mengatakan Aiman masih mencintai dirinya.
Video
@roses_officials Dalam video ni bukan saya saya cuma berkongsi video sahaja … #trending #foryou #fyp ? Dream Hwarang – Lapak Permata Nusantara 2
Sumber: TikTok