berita

‘Seorang Ibu Sanggup Guna Ilmu Hitam & Ada Niat Untuk Bunuh Anak Sendiri’ – Fathia Latiff

February 2nd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Fathia Latiff

Nama pelakon kontroversi, Fathia Latiff sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas dia memuat naik hantaran berbentuk luahan hati mengenai hubungan antara anak dan ibu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Nafi Dakwaan Fathia Latiff Kata Suami Miliki Syarikat Jual Beli Rumah – ‘Itu Fitnah! Kami Tak Kenal Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Berdendam Dekat Dua Orang Bodoh Tu’ – Fathia Latiff

Ibu jahat?

Fathia Latiff

Menerusi perkongsian di Instagram, Fathia berkata dia berasa amat sedih apabila seorang ibu sanggup memecah belahkan silaturahim antara adik-beradik sejak kecil.

Malah, dia akui terkilan apabila seorang ibu mempunyai niat tidak baik untuk membunuh anak sendiri.

Sebagai seorang anak, tak perlu dipertikaikan tentang tinggi atau rendah iman seseorang. Tetapi sebagai seorang anak, amat sedih apabila seorang ibu cuba memecahkan belahkan adik-beradik daripada kecil.

Sanggup menggunakan ilmu hitam dan sanggup mempunyai niat tidak baik membunuh anak sendiri, bapa menjadi mangsa keadaan. Cuba menyakinkan diri sakit walaupun sebenarnya tidak.

Bagaimanapun, Fathia tidak mendedahkan kepada siapa perkongsian tersebut ingin ditujukan.

Dalam masa sama, pelakon drama Arian Rose itu turut menyebut mengenai salah guna kuasa apabila seseorang itu mempunyai perasaan dengki.

Menyalah guna kuasa dan darjat akibat sikap dengki pada anak sendiri. Tidak pernah merasakan kasih sayang daripada seorang ibu dari kecil. Cuma wang, tekanan dan ketikdaadilan orang pada diri buat ibu rasa gembira.

Atuk pernah cakap, kalau rasa diri terpaling cantik, 1000 lagi ada lebih cantik. Kalau rasa diri itu pandai, 1000 lagi ada yang lebih pandai. Terimalah kenyataan ini, walaupun saya berjalan seorang dalam dunia ini. Allah sudah cukup untuk saya.

@ohbulanofficial Luahan hati Fathia Latiff… Semoga dipermudahkan segala urusan buat Fathia ?? #ohbulan #sembangentertainment #fathialatiff #luahan #hati ? suara asli – ? – Ridwanmalik_

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×