Pelakon Harris Annuar menangis ketika sesi siaran langsung di TikTok menjual kuih bangkit buat kali pertama, pada Isnin.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Medina Dah Masuk Form 1’ – Harris Annuar Tak Kenal Isteri, Separa Sedar Sempat Fikir ‘Report Card’ Anak
Artikel berkaitan: ‘Sekurangnya Saya & Keluarga Terlepas Daripada Dosa Kerana Sudah Nasihat Nadia’ – Harris Annuar
Menangis semasa ‘live’
Menerusi hantaran di Instagram, dia memuat naik video sedang mempromosikan empat jenis kuih bangkit yang dijual sambil mengalirkan air mata.
Menurutnya, dia bersyukur kawan-kawan dan pengikutnya memberi sokongan bagi membantu perniagaannya.
Kalau saya rasa saya susah ada lagi susah daripada saya. Terima kasih semua yang support saya harini, ada masa ketika kita susah kawan-kawan dan followers yang bantu.
Tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita. Tak dapat terucap macam mana bersyukurnya.
Nak bayar balik modal
Sementara itu, menerusi siaran langsung di TikTok pada pagi Selasa, pemilik nama Mohammad Harris Shahrul Annuar menjelaskan punca dia menangis kerana menanggung hutang.
Oleh sebab itu, anak kepada usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton perlu menghabiskan kira-kira 400 stok kuah bangkit sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Saya tolak harga modal (kuih bangkit) untuk saya jual balik dan bayar dekat supplier. Saya buat silap besar saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda tu.
Itu yang semalam saya menangis breakdown sampai saya tak boleh nak jumpa orang.
Terdahulu, Harris memaklumkan dirinya telah selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) gara-gara jatuh tangga.
Tambahnya, dia mengatakan mahu bangkit semula selepas beberapa kali jatuh ditimpa tangga.
Satu jatuh tangga dan buat pembedahan. Satu lagi jatuh sebab saya kena bayar duit modal balik sebab saya tak ada duit nak bayar. Itu yang saya terpaksa nak habiskan stok kuih ni semua.