Penyanyi Adira Suhaimi berkongsi tentang personaliti dirinya yang tidak diketahui ramai.
Artikel Berkaitan: Adira Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Hakim Didakwa Sengaja Lengahkan Kes
Artikel Berkaitan: Anak Adira Suhaimi Wakil Malaysia Di Bangkok Kids International Fashion Week – ‘Tahniah Kakak Sayang’
‘Easy going’ & kelakar
Menerusi temu bual bersama Lova Cosmetics HQ, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi mendedahkan dia seorang yang easy going dan pemaaf namun memilih untuk tidak bertemu dengan mana-mana individu yang pernah menyakitinya.
Saya seorang yang sangat ‘easy going’, sangat lembut hati dan saya sangat mudah memaafkan tapi untuk bersua muka insya-Allah tidak.
Elakkan untuk bersua muka untuk menjaga silaturrahim sebenarnya, bukan sebab benci.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun ini berkata dia memiliki sikap yang lucu dan suka ketawa.
Apa sahaja saya boleh, campaklah saya dalam hutan saya boleh hidup insya-Allah dan saya suka buat lawak.
Saya pun suka sangat orang buat lawak, saya suka gelak.
Sementara itu, Adira turut menyatakan bahawa persoalitinya di dalam dan luar kamera adalah sama.
Sama, tapi kadang-kadang kita sorok yang teruk.
Dalam perkembangan lain, Adira nekad mahu bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Bagaimanapun proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung pada 5 Mac lalu gagal dan proses hakam akan berlangsung pada 24 April depan.
Terdahulu, pada 25 Oktober Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan ahli perniagaan itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.
@lovaacosmetics.hq Soalan tentang Adira Part 1??#sakakeninglovaa #adirasuhaimi #lovaacosmeticshq #fyp #fyp? #xyzbca #masukberanda
Sumber: TikTok Lova Cosmatics.HQ