Anak sulung kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Syaikhul Islam telah menyorot perhatian warganet dengan telatahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Bukan Salah Kalian, Mama & Ayah Akan Bagi Yang Terbaik Untuk Syaikhul & Sumayyah’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Rahsiakan Karier Sebagai Selebriti Depan Anak-Anak – ‘Mereka Cuma Tahu Nama Sahaja’
Syaikhul tolong mama
@syamsulyus0ffilm ‘Siapa tuhan kamu wahai anak’Syaikhul- Allah’Siapa pemimpin kamu’Syaikhul- Rasulullah, Nabi Muhammad’Ok i love u my son’#fyp
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Syaikhul sedang berada di dapur dan mencuci pinggan di singki.
Anak kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof itu berkata dia mahu membantu kerana menyayangi ibunya.
Saya tengah basuh pinggan, saya nak jadi rajin sebab saya selalu tolong mama saya masak hari-hari.
Saya sayang mama saya, jadi saya tolong mama saya lah.
Gelagat comel Syaikhul telah membuatkan ramai warganet memuji dan menyifatkannya sebagai seorang kanak-kanak yang ringan tulang.
Dalam masa yang sama, mereka berharap agar Syaikhul akan selalu membantu ibunya dan berdoa agar menjadi anak yang soleh.
Anak yang baik, Alhamdulillah bertuah mama awak.
Sayang dunia akhirat, jangan tinggalkan mama awak.
Pandainya, rajin-rajin tolong mama ya, sihat selalu.
Bagus Syaikhul, semoga jadi anak dan abang yang soleh ya.
Pintar anak Sarah, rajin tolong mamanya.
Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Sumber: TikTok