Baru-baru ini, pelakon, Erra Fazira memuat naik satu video menari di TikTok bersama anaknya, Engku Aleesya. Video tersebut meraih perhatian netizen kerana mereka terpukau melihat kecantikan yang dimiliki oleh Aleesya.
Menurut netizen, remaja tersebut mewarisi kecantikan ibunya. Betul tak?
Artikel Berkaitan: Awie Dedah ‘Influencer’ Minta Harga Tinggi Melambung, Puji Erra Fazira Profesional Ganti Watak Kecil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bersalaman Dengan Awie, Netizen Persoal Tindakan Erra Fazira
Mewarisi kecantikan ibu
Menerusi video berdurasi 0:14 saat, kecantikan Aleesya jelas terpancar sewaktu menari bersama ibunya. Menurut Erra, dia melakukan video tersebut mengikut kehendak anaknya.
Macam biasa. Mom will be over the pagar kalau berTikTok. Aleesya nak ajak join TikTok. Maksimum tiga kali saja try. Lebih kaluuu, dia tak nak buat dah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan menawar diri untuk menjadi menantu kepada pelakon filem ‘Sembilu’ itu. Ujar netizen, Aleesya kelihatan sangat sopan, pemalu dan tidak lincah ketika melakukan video tersebut.
Nak jadi menantu
Video
@errafazirawc As usual.. mom will be over the pagar kalau bertiktok ? Aleesya nak ajak join tiktok.. max 3 kali saja nak try!! lebih kaluuuu.. dia taknak buat dah ??
Sumber: TikTok @errafazirawc