Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dirinya sedang hamil anak ketiga.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Agak Kelakar, Tapi Saya & Farid Dalam Fasa Menyesuaikan Diri’ – Diana Danielle
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Farid Mungkin Tak Bertaut Balik, Tapi Tanggungjawab Kami Nak Anak-Anak Rasa Lengkap’ – Diana Danielle
‘Saya tidak hamil’
Ketika ditemui OhBulan!, Diana berkata dia dan suami yang juga aktor Farid Kamil tidak mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.
Tidak, saya tidak hamil. Malah saya tidak merancang pun untuk hamil dalam waktu terdekat ini.
Bukan sebab masa tidak sesuai, tetapi bercakap soal hamil ini bukan everything is like roses (sesuatu yang indah).
Kerana bagi saya, anak-anak (Muhammad dan Aurora) adalah yang lebih penting sekarang ini.
Diana berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai foto memperlihatkan Farid memegang perutnya sehingga netizen mendakwa mereka seakan memberi bayangan aktres itu sedang hamil.
Terdahulu, Farid mengesahkan dia dan Diana telah kembali rujuk semula pada 31 Ogos lalu selepas 21 hari berpisah.
Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.