berita

[VIDEO] Sebak & Sayu Lihat Ahli Keluarga Mangsa Kapal Selam, Terpaksa Akur & Reda Dengan Apa Yang Telah Terjadi…

April 26th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Umumnya mengetahui, kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402, akhirnya terjawab apabila kapal berkenaan ditemui di dasar laut perairan Bali berikutan penemuan tumpahan minyak di kawasan tersebut. Sebelum ini, kapal berkenaan dilaporkan hilang sejak 21 April yang lalu, dan usaha pencarian giat dilakukan oleh pihak berkuasa dibantu dengan negara-negara luar.

Artikel berkaitan: Setelah 72 Jam Misi Pencarian, Pasukan Tentera Temui 6 Serpihan Kapal KRI Nanggala-402

Artikel berkaitan: Hilang Sejak 2 Hari Lepas, Bekalan Oksigen Kapal Selam Indonesia Hanya Mampu Bertahan Sehingga Esok Pagi

Bagaimanapun, apa lebih meruntun hati, apabila melihat reaksi keluarga-keluarga mangsa yang terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Sedih & sayu

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video ringkas tersebut dapat dilihat Menteri Sosial Republik Indonesia, Tri Rismaharini berjumpa dengan keluarga-keluarga mangsa nahas insiden kapal selam itu. Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat berkumpul itu, tidak mampu menahan sebak akan berita sedih itu dan berpelukan satu sama lain.

Risma turut mengambil peluang untuk mendekati setiap seorang daripada mereka dan mendengar isi luahan yang terpendam selama ini. Pada masa yang sama, pihaknya turut berduka cita dengan apa yang telah terjadi dan menyediakan bantuan pakar psikologi kepada mana-mana keluarga yang memerlukan.

Menerusi laporan Suara, isteri kepada Komander Kri Nanggala-402, Kolonel Laut Harry Setyawan memberikan jawapan yang menunjukkan dia sangat ‘kuat’ dan akur dengan apa yang telah terjadi. Perkongsiannya itu secara tidak langsung membuatkan rata-rata warganet berasa sebak mendengar jawapannya itu.

Saya perlu kuat kerana saya isteri Komander, ketua angkatan kapal. Jika tugas Harry adalah menjaga anak buahnya, tugas saya sebagai isteri adalah menenangkan isteri dan keluarga mereka.

Terdahulu, kapal selam yang membawa 53 kru itu dilaporkan telah terbelah kepada tiga bahagian dan semua anak kapalnya dipercayai telah meninggal dunia.

Video penuh:

Sumber: Mutiara Akhwat & Suara

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×