Baru-baru ini, tular satu potongan video memaparkan ceramah disampaikan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias yang menceritakan semula kebaikan seorang pelawak yang berasal dai Johor.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Kita Ingin Lawan Ketetapan Allah SWT?’ – Ustaz Kazim Tegur Tindakan Label ‘Penyondol’
Bayar bil surau & masjid di kampung
Menerusi video yang tular tersebut, Ustaz Kazim berkongsi semula kisah yang dikongsikan oleh seorang individu yang menceritakan kebaikan selebriti terbabit.
Saya bersembang dengan orang Johor pagi tadi, dia cerita jiran dia ni ada kedai (restoran). Jiran dia ni suami isteri, anak kepada jiran dia ni pula (yang buka kedai makan ni) pelakon terkenal, pelawak terkenal.
Ustaz Kazim berkata, individu tersebut menceritakan kebaikan yang dilakukan pelakon dan pelawak ini yang membiayai segala bil di masjid dan surau di kampungnya.
Dia kata, ‘ustaz tahu tak pelakon dan pelawak anak diorang ni, bil masjid dan surau dalam kampung semua dia bayar.
Mak ayah dia ni yang meniaga ni pula, anak mereka tak bagi meniaga dah, anak bagi duit tiap-tiap bulan tapi mak dia nak meniaga juga sebab ada pekerja.
Kalau dia tutup diorang ni susah maka dia tetap buka kedai makan, bila orang datang beli tapi tak ada duit mereka bagi percuma.
Meskipun tidak menyebut nama, Ustaz Kazim Elias menjelaskan selebriti tersebut merupakan seorang pelakon dan pelawak yang sudah berkecimpung selama 15 hingga 20 tahun dalam industri.
Ramai teka Jep Sepahtu
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa individu yang dimaksudkan itu adalah Jep Sepahtu. Ini kerana, ibu dan ayah Jep dipercayai mempunyai kedai makan seperti mana yang diceritakan Ustaz Kazim.
Video
@firdaus62056 Allah sayang kepada orang yg suka bersedekah. Semoga perkongsiaan ini memberi seribu manfaat kepada siapa yg mendengarnya. #fypage #fyp??viral?tiktok???myvideo #dakwah_islam #dakwah #dakwahtiktok #5millionviews #fyp??viral ? ?????????? – ???
Sumber: TikTok