Hasrat seorang wanita untuk disatukan bersama calon pilihan hati tidak kesampaian apabila bakal suaminya meninggal dunia dijemput Sang Pencipta. Kisah sebak ini dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Sarina Nawi di laman TikTok dan meraih simpati daripada wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hari-Hari Cakap Tak Sabar Nak Duduk Rumah ‘Baru’, Wanita Akur Suami Tersayang Meninggal Dunia Selepas 11 Bulan Bersama
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maaf Kami Terpaksa Rahsiakan..’ – Anak Sebak Hanya Tahu Mak Meninggal Selepas Kebumi
Bakal suami meninggal dunia
Menerusi video pendek dikongsi, wanita ini menceritakan tunangnya meninggal dunia pada hari Jumaat jam 1.25 pagi susulan kegagalan buah pinggang. Apa yang lebih meruntun hati, segala persiapan menuju hari bahagia telah dibuat dan pasangan ini merancang untuk bernikah pada 12.12.21 (minggu hadapan) namun atas persuratan takdir wanita ini terpaksa akur dan reda.
Borang kahwin dah settle, kad kahwin dah settle. Balik Kelantan fitting baju pengantin perempuan pun sudah sambil berkenalan dengan bakal mentua.
Al-Fatihah buat bakal suami Muhammad Nurizwan bin Mohd Khuzaini pergi di hari Jumaat 1.25 pagi. Semoga roh hubby tenang di sana. Hari ini Allah uji sayang pula. Plan kahwin 12/12/21 tapi Allah lebih sayangkan dia.
Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut berkongsi momen-momen akhir bersama Allahyarham tunangnya yang sempat melambai buat kali terakhir sebelum bas yang dinaikinya bergerak.
Arwah meninggal sebab kegagalan buah pinggang tak dialisis. Saya terus terima dia seadanya walaupun dia sakit penyakit kronik tetap nak kahwin.
Rupanya ini lambaian terakhir hubby untuk sayang. Kenapa awak tinggalkan saya, saya tak kuat awak. Ya Allah jika jodoh kami bukan di dunia biarlah di syurga kami bertemu.
Video penuh:
@sarinarawi Syg Bkn meratapi Tp Syg rindu?#MaxisBiggestSale #fyp #xyzbca #mskberanda ? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?
@sarinarawi Syg xkuat nak hadapi ujian nie? #fyp #mskberanda #xyzbca ? bunyi asal – Kaksu Rina? – kaksu rina
Salam takziah
Sumber: SarinaNawi