Kemunculan pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sebagai cameo di program Sepahtu Reunion Live semalam menggamatkan suasana apabila dia digandingkan sepentas bersama bekas menantunya, Puteri Sarah.
Artikel Berkaitan: ‘Elak Saman Menyaman’ – Yusof Haslam Harap Puteri Sarah Selesai Isu Dengan Bekas Menantu Kazar Cara Baik
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tak Halang Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar – ‘Saya Dah Penat’
Kasih sayang mentua & menantu
Menerusi klip video program tersebut, Puteri Sarah sedang menunggu kemunculan cameo yang diundang pada akhir rancangan.
Alangkah terkejutnya apabila cameo tersebut adalah Yusof Haslam dan dapat dilihat Puteri Sarah bersalaman serta memeluk bekas bapa mentuanya itu.
Penerbit berusia 69 tahun itu secara spontan berseloroh dengan menyatakan ‘ramai cuba masuk line Puteri Sarah’ dan semestinya mendapat sorakan kuat daripada penonton.
Aku sedar, sejak menantu aku menjanda ramai yang nak try.
Kau tak payah ambil hati aku, kau tak layak jadi menantu aku.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen mereka dan menyifatkan Yusof sebagai seorang bapa mentua yang penyayang.
Sementara itu, warganet juga mendakwa setiap dialog yang dilontarkan oleh Yusof sangat mendalam seperti ada maksud yang tersirat.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@tomatokaramel Boleh nampak Datuk Yusof still sayangkan menantunya Puteri Sarah??? Jep pun try kena marah??? Sepahtu Reunion Live 2023 #foryoupage #fyp #masukberanda
Sumber: TikTok