berita

[VIDEO] ‘Selalu Ingatkan Ainations, Kalau Sayang Saya Jangan Burukkan Artis Lain’ – Aina Abdul

July 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi Aina Abdul enggan memanjangkan isu berhubung ciapan seorang individu di laman Twitter yang menyindir rakan artis iaitu Ernie Zakri sehingga mengaitkan namanya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Mesti Keluarga Je Yang Undi, Semua Orang Undi Aina Abdul Kot’ – Disindir Netizen, Ini Respon Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Syukur Dengar Cakap Ibu, Akui Pernah Terdetik Untuk ‘Give Up’ Menyanyi

Bukan peminat Aina

Ketika ditemui OhBulan!, Aina berkata dia percaya kelompok peminat yang menyokongnya tidak akan bertindak sedemikian sehingga sanggup memburukkan nama selebriti lain.

Saya sebenarnya tiada sebarang komen berkenaan tweet yang tular sebelum ini. Bagi saya, tidak mahu claim individu tersebut merupakan peminat saya ataupun peminat orang lain.

Ini kerana saya tahu peminat saya bagaimana, cara mereka berkomunikasi. Kalau dia peminat seorang bernama Aina Abdul, saya percaya dia tidak akan berbuat demikian.

Aina berkata demikian ketika ditemui majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang diadakan di The Agam pada Selasa.

Melanjutkan bicara, pelantun lagu Terus Hidup itu berkata, ciapan tersebut tidak sekali pun menjejaskan hubungan baiknya bersama Ernie.

Satu komen itu tidak sekali pun memberi kesan kepada saya dan Ernie kerana kami berdua kawan baik dan pergi gym bersama.

Saya rasa individu itu perlu jumpa saya dan Ernie lihat bagaimana kami yang sebenarnya sangat cool. Saya tak mahu perkara macam ini jadi lagi.

Saya mahukan persaingan yang seronok dalam industri yang meriah. Saya setiap kali jumpa Ernie, kami jarang cerita pasal kerjaya atau lagu, kami kebanyakkan akan bergosip hal wanita, nikmati kopi dan makanan.

Saya tiada kuasa untuk menghentikan sikap netizen yang suka cetuskan komen nakal terutama dengan zaman sekarang (media sosial). Namun hanya boleh mendoakan yang terbaik.

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 itu berkata dia ada berpesan kepada kelab peminatnya yang dikenali sebagai Ainations agar menjaga tutur dan perkataan yang digunakan terutama dalam media sosial.

Saya selalu ingatkan kelab peminat saya (Ainations), kalau mereka sayang saya jangan cakap atau burukkan nama artis mahupun kelab peminat artis lain.

Kalau ada peminat lain yang mahu berbuat demikian itu terserah kepada mereka, tetapi tidak kelab peminat saya. Saya harap semua peminat saya dengar nasihat saya.

Saya telan sahaja sekiranya isu tersebut sedikit sebanyak memburukkan nama saya. Ibarat sponge, inilah industri yang telah saya pilih dan begitulah asam garam bergelar selebriti.

Terdahulu, tular satu ciapan seorang individu yang menyindir Ernie dengan menyatakan hanya ahli keluarga penyanyi itu yang akan mengundi dia selepas diumumkan berjaya bolos Top 5 menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH 35.

Turut sama dalam kategori itu ialah Aina Abdul, Wany Hasrita, Siti Nordiana dan Nabila Razali.

Undian kini masih lagi dibuka dan peminat boleh mengundi melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

Video

@ohbulanofficial Korang ni jangan lah laga-lagakan okay. Aina & Ernie okay je ?? #ohbulan #sembangentertainment #ainaabdul #erniezakri #jangan #burukkan #artis #lain ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×