![[VIDEO] ‘Semua Yang Kahwin Mesti Curang, Kalau Setakat Skandal & Gangguan Geli-Geli Itu Normal’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/ALIFF-SYUKRI-10.jpg)
Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri berpendapat setiap lelaki yang berumah tangga pasti memiliki pengalaman curang dalam senyap.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Duit Bukan Penentu Kebahagiaan Tapi Kalau Gaji RM1,700 Tak Payah Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kagum Bibik Tudung Bina Rumah, Hasil Kerja 15 Tahun
Lelaki curang itu normal?

Menerusi potongan klip siaran langsung, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, dia enggan menjadi lelaki atau suami hipokrit.
Tambahnya, lelaki yang melayani gangguan orang ketiga walaupun sudah berumah tangga adalah perkara normal.
Pasal curang atau tak, semua yang berkahwin mesti ada curang.
Saya tak mahu jadi hipokrit. Kalau setakat ada skandal, gangguan geli-geli, itu perkara biasa.
Perkahwinan itu saling melengkap
Dalam pada itu, isterinya Datin Seri Shahida membidas kenyataan Aliff dengan menyatakan perkahwinan adalah untuk melengkapi setiap sudut yang tidak mencukupi.
Ujarnya, tiada manusia yang sempurna namun perlu menerima kekurangan pasangan demi kebahagiaan rumah tangga.
Kalau kita cari yang sempurna, tidak akan jumpa.
Tanya suami yang curang itu, dah cukup sempurna ke?
Kenapa wanita boleh terima kekurangan lelaki, tapi lelaki tak boleh?
Sebab dalam perkahwinan kita tidak mencari yang sempurna, ianya untuk melengkapi.
Sumber: TikTok @athqahhh








