berita

[VIDEO] Setelah Bantu Keluarga Yang Tinggal Bawah Jambatan, Airmata Lelaki Ini Akhirnya Jatuh Bila…

March 3rd, 2016 | by Wan
Kini Trending

Screen Shot 2016-03-03 at 12.16.27 AM

Andai ditanya kepada sesiapa sekalipun kami percaya tiada yang mahu hidup dalam serba kekurangan. Apatah lagi tiada tempat tinggal dan hanya berteduh di bawah jambatan yang dianggap sebagai ‘rumah’.

Sukar untuk dipercayai namun itulah hakikat kehidupan di ibu kota pada hari ini. Ada yang tidur di kaki lima, di stesen bas dan di tepi jalan.

Simpati dengan nasib keluarga Ruslie dan dua orang anaknya, lelaki ini, Izmir Mujab membantu dan menawarkan pertolongan sehingga susah untuk diterima oleh Ruslie. Saksikan.

Dipinggirkan keluarga

Screen Shot 2016-03-03 at 12.22.19 AM

Ruslie sebenarnya berasal dari Sabah. Dengan pendapatan lebih kurang RM15 sehari hasil jualan barang kitar semula, dia tidak mampu memiliki bahkan menyewa rumah.

Tahun lalu dia bekerja sebagai pemandu lori namun dibuang kerja kerana tinggal di dalam lori bersama anak-anaknya. Kini, sudah 6 bulan dia tiada tempat berteduh dan hanya tinggal di bawah jambatan.

Perkara yang paling menyedihkan dirinya tinggal di bawah jambatan ialah tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah.

“Abang tak boleh terima lagi”

Screen Shot 2016-03-03 at 12.25.41 AM

Izmir mengambil keputusan untuk memyewakan hotel beberapa hari untuk keluarga ini sebelum memberi pertolongan yang seterusnya.

Di akhir video, Izmir bertanya berapa kos menyewa rumah bagi Ruslie tinggal dengan selamat bersama anak-anaknya. Anggaran kos ialah RM260, Ruslie bagaimanapun sebak dan tidak sanggup lagi menerima pertolongan dari Izmir.

Moga usaha murni lelaki ini menjadi inspirasi kepada orang ramai agar membantu mereka yang memerlukan. Salute!

Credit : Maxman.Tv, Izmir Mujab

SKIP THIS AD ×