berita

Video : Shae & Ella Bergabung Untuk Lagu Sayang

July 24th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-24 at 3.09.45 PM

Dengar saja lagu Sayang, kami pasti anda masih tak dapat melupakan Bobo, kan? Lenggok tari Bobo pasti akan terbayang di fikiran anda saat ini kan? Namun, kami yakin selepas ini, para peminat pasti akan kembali mengingati Shae dan ya, Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.

Baru saja melancarkan muzik video Sayang duet bersama Ella semalam, Shae muncul dengan susunan lagu yang lebih bertenaga disamping vokal Ella yang mengancam. Jika didengar kembali, Sayang versi terbaru ini lebih menarik dan sedap didengar berbanding versi asal oleh Shae sahaja.

Sebagai pendengar, kami sendiri tidak dapat membuat pilihan samada vokal Ella atau Shae yang lebih menarik. Secara jujur, pujian harus diberikan pada kedua-dua buah suara kerana berjaya menghasilkan mood yang berlainan dari lagu asal.

Screen Shot 2013-07-24 at 3.08.10 PM

Vokal Ella masih kekal hebat walau sudah lebih 2 dekad didalam industri

Oh ya, kami pasti sepanjang sesi rakaman dibuat, kedua selebriti ini pasti mempunyai kenangan yang indah. Apa tidaknya, umum tahu Ella memang seorang yang mempunyai perwatakan manja. Dan untuk pengetahuan anda, Shae juga turut berkongsi personaliti yang sama. Rasa cemburu pula bila melihat keduanya bersama. Anda tonton saja video selepas ini, pasti anda boleh agak.

Jadi apa kata anda? Vokal Shae atau Ella?

SKIP THIS AD ×