Gelagat Sharifah Shahira mencuri tumpuan warganet apabila dia tidak sengaja membawa pulang seluar dari sebuah pasaraya tanpa membayar terlebih dahulu.
Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah Tak Pernah Serang ‘Penyondol’
Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah & Rakan Selebriti Berjaya Kutip Lebih RM18k Untuk Nad Zainal
Sangkut di bahu
Menurusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Sharifah Shahirah yang mesra dipanggil Shiera berkata dia telah ke salah sebuah pasaraya untuk membeli barang. Setelah sampai di rumah dia mendapati ada sehelai seluar disangkut di bahunya.
Hari ini dalam sejarah, saya pergi giant beli barang, beli tudung..satu dunia saya pusing. Lepas saya dah balik dan tutup enjin kereta, saya baru nampak ada seluar sangkut dekat sini (bahu). Bermakna saya mencuri.
Pelakon, pengacara dan penyampai radio ini memohon maaf kerana dia sama sekali tidak perasan seluar tersebut tersangkut dibahunya dan dia juga berjanji akan membayar.
Nanti saya bayar balik, minta maaf sangat. Saya tak perasan betul, saya jalan bawa beg dan seluar sangkut di sini (bahu).
Aktres berusia 41 tahun itu turut mendedahkan kejadian seperti itu adalah kali kedua berlaku kepadanya.
Sebenarnya dah dua kali terjadi barang atas bahu main keluar tak bayar, ingatkan tudung.
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kejadian itu malah ada juga yang mengalami pengalaman yang sama seperti Shiera.
@shieraijoy Ehhhh balik selamba ekkkk ni sebenar dah 2kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar…ingat tudung …weii
Sumber: TikTok