Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad memuji cara pengacaraan Naz Rahman dan Sissy Iman semasa menerajui pentas paling berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) beberapa hari yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lelaki Takut Nak Dekat Sebab Anggap Saya Dominan & High Maintenance’ – Sherry Alhadad Tak Kisah Bakal Suami Bergaji Lebih Rendah
Artikel Berkaitan: Sherry Alhadad Mengaku Terkesan Tiket Penerbangan Mahal Setiap Kali Raya – ‘Saya Pernah Balik Sarawak RM2,000 Seorang’
Sangat classy, go girl!
Ketika ditemui oleh OhBulan!, Sherry Alhadad atau nama penuhnya, Shariffah Ferry Mariam Sri Karisma berkata Naz dan Sissy berhasil memberi nafas baharu untuk pentas anugerah berprestij itu.
Semasa nama Sissy dan Naz disebut, saya memang sangat gembira. Sissy juga seorang yang sangat berilmu dalam bidang muzik, jadi dia tidak kosong.
Bila tengok Sissy dan Naz (mengacara) sangat berkelas. Mereka tahu apa yang mereka cakap dan mengacara dengan sangat elegant.
Bercerita lanjut, pelakon drama Sutun 2 itu berkata kelebihan Sissy yang mahir dalam bidang muzik itu juga menyumbang kepada kelancaran acara berkenaan.
Untuk seorang pengacara yang baru mengacara acara besar seperti itu, Sissy nampak bersahaja dan tenang.
Maksudnya, dia sudah tahu kelebihan dia. Go girl!
Menjawab mengenai kehendak netizen yang mahu hos menyelit unsur lawak, Sherry berkata setiap orang perlu diberikan ruang dan peluang untuk menyerlahkan bakat mereka.
Kita kena beri peluang kepada orang lain untuk buat (mengacara). Kalau orang tak beri peluang kepada saya dahulu, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.
Kita ada belajar teknik atau mekanisme cara untuk mengacara tetapi kita sendiri kena masukkan kelebihan diri.
Masing-masing akan mempunyai signature tersendiri. Mekanisme sama tetapi cara untuk kepelbagaian mengikut diri sendiri.
Semua ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing.
Alami situasi sama
Menceritkan kembali detik menjadi pengacara Anugerah Juara Lagu, Sherry berkata dia turut mengalami situasi yang sama seperti Sissy ketika mengemudi anugerah itu.
Masa saya jadi pengacara AJL dengan Alif Satar, orang pun komen juga. Benda itu akan berlaku tetapi saya cakap dengan diri saya untuk cuba yang terbaik.
Jangan terus menghukum kerana tidak tahu apa yang terjadi di belakang pintu.
Sebelum ini, pemilihan Naz dan Sissy sebagai hos pentas AJL39 mendapat respon kurang senang daripada segelintir netizen.