Penyanyi, Shiha Zikir mengakui dirinya dan kekasih yang dikenali sebagai Kamarul sudah pun menempah baju pernikahan mereka sejak tiga tahun yang lalu namun, masih memilih masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Ada Yang Bertanya Bila Akan Disatukan, Saya Akan Jawab Tidak Tahu Sahaja’ – Shiha Zikir
Akan cuba kahwin hujung tahun
Ketika ditemui OhBulan!, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata, dia mahu memberikan fokus terhadap beberapa perkara yang sedang diusahakannya ketika ini.
Saya sebenarnya ada beberapa target yang saya nak capai terlebih dahulu tetapi saya okay saja kalau jodoh itu sampai cepat.
Tapi biasalah, bila kita rancang ada saja benda-benda yang lain yang saya perlu fokus dahulu.
Dan sebenarnya, baju kahwin dah siap tiga tahun lepas sebenarnya tapi bila dah lama sangat ini, nanti kahwin buat baju baru ja lah.
Cuma saya risau nak jawab pasal kahwin sebab takut orang jemu dengan jawapan saya cuma sekarang ini jawapan saya ialah kami masih menunggu waktu yang tepat untuk berkahwin.
Shiha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam bertempat di Shah Alam pada Rabu.
Sementara itu, Kamarul atau lebih mesra disapa Arul memaklumkan dia berjanji untuk mengahwini pelantun lagu ‘AEWO’ itu pada hujung tahun ini.
Shiha memang cakap pada saya nak kahwin, tapi kami berdua dah bincang yang kami nak fokus pada kerjaya dulu.
Tapi saya cakap pada Shiha yang tahun ini kita akan cuba selesaikan semua, insya-Allah.
Kami janji bila dah ada tarikh kahwin, kami akan terus beritahu.