berita

[VIDEO] Shuib Dedah Wajah Ayash Affan, Netizen Cakap : ‘Ada Iras Muka Arwah Ibu & Abang Uwais’

October 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan anak bongsunya Ayash Affan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital selepas 39 hari dilahirkan.

Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Sepatutnya Ayash Affan Dilahirkan Tapi Diganti Jadi Hari Pertama Medical Check Up Ayash Tanpa Ibu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayash Affan Akhirnya Dibenarkan Pulang, Semua Teruja Nak Pegang Baby

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bongsu Shuib Pulang Ke Rumah – ‘Mereka Nampak Happy Sangat Bila Dapat Tengok Ayash Depan Mata…’

Terima kasih kerana mendoakan

Terbaru, bapa kepada empat cahaya mata ini menerusi satu hantaran di Instagram, mendedahkan wajah anak bongsunya kepada khalayak ramai.

Menerusi video berdurasi dua minit itu memaparkan, anak bongsunya sedang nyenyak tidur di dalam baby coat serba putih dan di hujung video turut diselitkan foto Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah di Kota Suci Mekah.

Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shahmira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya.

Pada masa yang sama, pelawak ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menitipkan doa buat anak bongsunya itu.

Sebelum ini, Shuib menceritakan semalam, 30 September 2021 sepatutnya tarikh kelahiran Ayash Affan dan ia merupakan tarikh yang dipilih oleh mereka sekeluarga selepas berbincang dengan doktor.

Video penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Comelnya!

 

Sumber: Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×