Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mengakui dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada November tahun lalu.
Pendedahan itu dibuat Shuk menerusi satu video sesi podcast yang dimuat naik OKLETGSO.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Jadikan Dia Inspirasi’ – Shuk Sahar Takut Berpatah Balik, Terkesan Dengan Kes Tangkap Khalwat Aliff Aziz
Kahwin November 2023
@okletsgo.sg Selamat Pengantin Baru @shuksahar ???? Podcast penuh di Spotify ?? OKLETSGO #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia?? #gempakviral #berita #fyp? #shuksahar #dynnorahim #dzarismail #rajarazie ? original sound – OKLETSGO
Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Shuk Mohammed Sahar ini mendedahkan bahawa belum masa untuknya menguar-uarkan dengan lebih terperinci mengenai perkahwinannya itu.
Sejujurnya, apa yang dikeluar mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.
Tetapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga saya tahu malah rakan-rakan rapat pun tahu.
Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka.
Menurut Shuk, dia tidak gemar untuk menceritakan mengenai kehidupan peribadinya di media sosial kerana khuatir ada segelintir pihak akan menyalahtafsirkan kenyataan yang dibuat.
Masa dapat panggilan dari sebuah media Malaysia waktu itu, saya jawab, ‘Maaf saya dah tak mahu kongsi kisah peribadi atas apa yang pernah saya lalui’.
Sebelum ini, saya selalu share di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara itu ‘backfire’ saya balik.
Kadang-kadang, orang akan ambil statement yang saya keluarkan di media sosial dan mereka akan ‘twist’ benda itu.
Hantaran tersebut pastinya meraih perhatian wargamaya yang tidak menyangka pelawak berusia 38 tahun itu sudah pun bernikah buat kali kedua.
Menjengah ke ruangan komen, mereka mendoakan agar perkahwinan Shuk yang terbaharu ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekadar info, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Rossa Sera pada 2015 yang lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assiyfatu Aimi.
Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka itu tidak berkekalan selepas mereka bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu.
Komen netizen
Sumber: TikTok OKLETSGO