Pelakon Siti Hariesa mendedahkan dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang berjaya menambat hatinya.
Artikel Berkaitan: Siti Hariesa Nak Elak Kontroversi, Tapis Babak Panas
Artikel Berkaitan: ‘Motif Keluarkan ‘Footage’ Yang Belum Disunting Untuk Viral?’ – Umie Aida Dedah Erma Fatima Risau Tengok Babak ‘Panas’ Zul Ariffin
Hati Hariesa ‘berbunga-bunga’
Ketika ditemui OhBulan!, Hariesa atau nama lengkapnya Siti Hariesa Muhammad, 27, bagaimanapun menjelaskan hubungan dengan lelaki berkenaan masih lagi diperingkat awal.
Kami masih dalam tempoh mengenali hati masing-masing, berada di fasa ‘talking stage’.
Ketika ditanya mengenai tempoh perkenalan mereka, pelakon drama Akad Yang Terlindung itu mendedahkan bahawa dia dan jejaka berkenaan sudah saling mengenali selama sebulan.
Baru sebulan kenal, masih dalam fasa saling mengenali. Sama ada di orang industri atau bukan, saya tak boleh kongsikan.
Saya ramai kawan dan memang berkawan dengan semua orang sebab saya bukan sejenis manusia yang suka menilai orang lain.
Hariesa berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran drama BRU yang bakal ditayangkan di TV3 sempena Aidilfitri akan datang.
Ciri-ciri lelaki idaman Hariesa
@ohbulanofficial Pelakon Siti Hariesa mendedahkan dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang berjaya menambat hatinya. #ohbulan #fyp #news #sitihariesa #mengenali #lelaki ? original sound – OHBULAN!
Bercakap mengenai ciri-ciri pasangan idaman, Hariesa berharap dapat menemui seseorang yang memahami serta menyokong kerjayanya dalam industri seni.
Apa yang saya buat sekarang (berlakon) adalah benda yang saya minat dan kalau dia pun faham dan sokong kerja saya, itu pun dah cukup bagus. Sokongan itu sebenarnya yang buat saya bersemangat dan tenang nak bekerja.
Pada Januari lalu, Hariesa pernah memberitahu bahawa dia masih belum bertemu dengan calon yang sesuai untuk dijadikan kekasih hati meskipun ada yang cuba mendekatinya.
Dalam masa yang sama, aktres ini turut menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berstatus suami orang.