berita

[VIDEO] Suami Isteri Ditangkap Basah Didakwa Kena ‘Pedajal’ Dengan Mak Cik Kedai Makan

August 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Suami Isteri Tangkap Basah

Tular baru-baru ini sepasang suami isteri ditangkap berkhalwat oleh pegawai daripada pejabat agama di sebuah hotel murah.

Artikel Berkaitan: Konten ‘Prank’ Tangkap Basah, Hamil & Pergaulan Bebas, Netizen Kecam YouTuber Tak Jaga Ikhtilat

Artikel Berkaitan: Atuk Gatal ‘Kantoi’ Berkhalwat Dengan Perempuan Muda Dalam Tandas

Tak puas hati

Suami Isteri Tangkap Basah

Menerusi hantaran di TikTok, pasangan suami isteri itu menginap di sebuah hotel kemudian mereka diserbu oleh pegawai-pegawai daripada pejabat agama kerana didakwa bersekedudukan.

Pada video yang seterusnya, pasangan berkenaan dengan nada marah dan kesal tampil menjelaskan perkara sebenar dengan mendakwa bahawa seorang wanita iaitu pemilik sebuah restoran tidak berpuas hati terhadap mereka.

Tadi kami ke kedai makan dan mengambil masa selama sejam untuk dapatkan makanan. Selepas sejam tetapi kami masih tak dapat makan, jadi kami beredar pergi ke kedai mamak.

Mak cik (pemilik restoran) tak puas hati dan dia datang cari kami di kedai mamak. Dia ambil gambar dan berkata ‘terima kasihlah buat makcik macam ini’.

Lebih parah lagi, pasangan itu mengesyaki suami isteri lalu mengekori mereka hingga ke hotel dan didakwa telah membuat aduan kepada pejabat agama.

Mak cik itu tak puas hati, dia hantar suami dia suruh ‘spy’ kami sampai ke hotel.

Ketika diserbu, lelaki tersebut menerangkan status hubungan mereka kepada pegawai pejabat agama dengan menunjukkan bukti kad pernikahan.

Difahamkan pasangan itu menginap di hotel berkenaan sementara menunggu penerbangan awal pagi ke Paris untuk berbulan madu.

@zed.rodzuan

Kalau jiwa tak kental jangan sekali2 check in oyo. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh ?

? original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×