berita

[VIDEO] Suami Isteri Maut Terbabas Di Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan

July 23rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Satu kemalangan maut telah berlaku di lorang motosikal Lebuhraya Perseketuan menghala ke arah ibu negara. Nahas yang melibatkan beberapa buah motosikal telah mengorbankan pasangan suami isteri dan dua lagi parah.

Menerusi Berita Harian, mangsa yang terkorban ialah Muhammad Hamadi Zakaria dan Nur Syuhadah Zaini dipercayai tidak sempat untuk mengelak lalu terbabas sebelum merempuh penghadang kiri jalan.

Tak sempat mengelak lalu terbabas

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, motosikal jenis Honda yang ditunggang mangsa dipercayai merempuh sebuah lagi motosikal jenis Suzuki yang sebelum itu terbabit dalam kemalangan di tengah laluan motosikal.

Dua lagi kritikal di zon merah

Terdahulu, motosikal Suzuki terbabit dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha lalu terbabas di jalan.

Mayat dua mangsa nahas dibawa ke PPUM untuk proses bedah siasat

Dua lagi mangsa yang parah ditempatkan di zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tenang kat sana sahabat

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×