Bekas anggota Inteam, Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia pada malam Rabu selepas beberapa hari kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Sempat Minta Maaf Zahir & Batin Kepada ‘Followers’
Solat jemaah pahala banyak
Di TikTok, tular semula video lama Suhaimi, 43, menitipkan pesanan kepada pengikutnya ketika membuat siaran langsung.
Pesan arwah Suhaimi, setiap umat Islam perlu mengamalkan solat secara berjemaah kerana pahalanya berlipat kali ganda berbanding solat bersendirian.
Kata Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad, walaupun dia suka karaoke dan menyanyi namun dia pegang dengan prinsip untuk sembahyang berjemaah.
Jom dah 7.20 malam, sikit lagi nak masuk maghrib. Saya nak mandi, sembahyang maghrib. Kemudian, malam ada mengajar orang mengaji pula.
Hidup ini walaupun penyanyi tak boleh fikir menyanyi pagi petang malam. Tanggungjawab dengan Allah, Rasulullah, isteri, anak-anak dan keluarga kena jaga.
Masa menyanyi, menyanyi la. Masa sembahyang, sembahyang jemaah. Kena belajar sembahyang jemaah. Saya walaupun menyanyi karaoke hari-hari tetapi sembahyang jemaah.
Insya-Allah setiap waktu usahakan sembahyang jemaah. Bayangkan kalau lima waktu sehari, kita sembahyang berjemaah. 130 lebih pahala dia.
Tapi kalau sembahyang seorang, macam mana bagus pun kau sembahyang pun dapat 1 ja. Rugi tahu. Belajarlah sembahyang jemaah. 2 orang pun tak apa, dah kira berjemaah.
@asmat_fikri Pesanan terakhir Allahyarham Suhaimi Saad.. yang baik kita ambil jadikan tauladan. semoga diampunkan dosa beliau dan arwah ditempatkan bersama para solihin.. Alfatihah… Jom amalkan solat berjemaah? #suhaimisaad #solatjemaah #pesananakhir #ss #solat ? original sound – nurnuha
Semalam, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Pada minggu lalu, ketua kumpulan In-Team iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid mengesahkan mengenai kesihatan Suhaimi yang merudum dan terpaksa ditidurkan di ICU.
Difahamkan, Suhaimi sudah pun berada di sebuah hospital di Johor Bahru, sejak hari Jumaat lalu.
Terdahulu, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: TikTok