berita

[VIDEO] Sumpah Punya Pasal, Minah Motor Biadap Henyak Quran Undang Amarah Netizen

July 19th, 2019 | by faris
Video Popular

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam dan menjadi pegangan buat Muslim selain hadith junjungan besar Rasulullah SAW. Kitab ini wajib dihormati kerana kesuciannya terjamin sehingga hari kiamat.

Tindakan biadap sekumpulan remaja yang memperlekeh al-Quran seperti dirakam dalam video viral mengundang kecaman netizen yang marah dengan perlakuan tersebut.

Buat akuan bersumpah

Dalam video tersebut, pelaku berkenaan dipercayai berasal dari negeri Kelantan berdasarkan dialek percakapan mereka. Salah seorang gadis dalam video bertanyakan kepada remaja bertudung kelabu seolah mengiakan akuan sumpah dikeluarkan.

Gadis itu dilihat berdiri di belakang sebuah motosikal sambil kakinya beralas sesuatu yang tidak dapat dipastikan kerana kualiti rendah video.

Apa yang mengejutkan adalah alas berkenaan rupanya adalah sebuah al-Quran berwarna hijau yang diambil semula oleh pelakunya setelah menyedari ada pengguna jalan yang menghampiri lokasi mereka.

Antara lain, perakam menanyakan kepada gadis tudung kelabu sama ada dia pernah melakukan perkara sumbang dengan seorang individu. Dia mengakui perkara itu dan mengatakan individu terbabit melakukan perbuatan tersebut ke atasnya.

Sumber: Harian Metro, Jay Rahman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×