![[VIDEO] Sweet Qismina Teringin Timang Cahaya Mata, Guna Teknologi ‘AI’ Bayang Diri Berbadan Dua](https://media.ohbulan.com/2025/05/sweet-qismina.jpg)

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.
Begitulah pelakon, Sweet Qismina yang turut memasang niat untuk mendapat gelaran ‘ibu’.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Syukur Lakonan Sebagai Pesakit Sindrom Guillain-Barre Terima Komen Positif – ‘Saya Letak 101 Usaha Untuk Filem Babah’
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Pernah Kecewa Belum Ada Rezeki Tiada Anak, Pesan Orang Ramai Jaga Percakapan Dengan Wanita TTC
Nak zuriat
@sweetqisminaofficialSemoga Allah memberi rezeki zuriat aminnnn ??? original sound – yeesha2606
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 27, meraih perhatian dengan hantarannya yang berbadan dua menggunakan teknologi AI.
Membayangkan diri saya mengandung.
Insya-Allah suatu hari nanti.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Bukan Lelaki Terhebat’ ini turut berharap agar dikurniakan cahaya mata apabila sudah tiba waktunya.
Netizen doakan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wanita yang bergelar isteri turut berkongsi pengalaman ‘Trying To Conceive’ atau ‘TTC’ sepanjang berumah tangga. Selain itu, warganet turut mendoakan rezeki buat pelakon berusia 28 tahun itu dikurniakan cahaya mata.
Sumber: TikTok @sweetqisminaofficial






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
