Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq kini sering kali menjadi perhatian apabila dilihat bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bella Ni Comel, Saya Tak Tahu Pil Apa Dia Makan’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: ‘Stay Strong Bella Astillah! Kesabaran Akan Membawa Ketenangan’ – Syed Saddiq
Kene bebel minum manis
@my2ninjasdazrln Maaf skrin hp penuh dengan semut ??? #syedsaddiq #bellaastillah #santai ? original sound – ??????2?????’?®
Menerusi hantaran potongan siaran langsung TikTok, Bella dilihat bersama Syed Saddiq sedang menjamu selera di sebuah restoran.
Apa yang meraih perhatian apabila segala yang dilakukan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu mendapat ‘komen‘ daripada Syed Saddiq.
Ini air oren, air yang bergula. Bukannya fresh orange pun.
Kita patutnya tak boleh minum lebih dari 20 gram gula setiap hari. Air oren ini dah 15 gram kandungan gula.
Sebab itu di Malaysia, kita adalah populasi yang paling tinggi kena kencing manis.
Tidak cukup dengan itu, Syed Saddiq turut mengingatkan untuk makan tepat pada waktu.
Saya makan tengah hari pada 12:30.
Kalau kita makan tengah hari selepas pukul 2, kita akan makan malam lambat.
Kalau makan malam lambat, kita tidur susah.
Habislah Bella
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan segala fakta-fakta yang dikeluarkan Syed Saddiq pada pemakanan Bella.
Sumber: TikTok my2ninjasdazrln