Penyanyi Syura Badron berkongsi keadaan suaminya Muhammad Farizat yang dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk akibat letupan gas memasak.
Artikel Berkaitan: Suami Syura Badron Masuk Hospital, Alami Lecur Teruk Akibat Letupan Gas Memasak – ‘Semoga Ada Hikmah Di Sebalik Ujian Ini’
Artikel Berkaitan: Syura Badron Menangis Besarkan Anak, Mengaku Badan Sakit & Tak Cukup Tidur
Keadaan terkini
@syurabadron86 Its ok bie.. we will get through this together ! ?????? Promise dgn saya, awak akan sentiasa kuat n i will always be by your side ! Love you husband ? #syurabadron
Menerusi hantaran di TikTok, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memuat naik video momen ketika suaminya masuk ke bilik bedah.
Dalam masa yang sama, kelihatan wajah serta tangan Farizat kemudian dibalut.
Tetaplah kuat suamiku, supaya aku juga terus kuat dengan ujian ini.
Kita diuji kerana Allah tahu kita mampu hadapinya.
Percayalah akan ada pelangi untuk kita nanti.
Penyanyi berusia 38 tahun itu turut berjanji akan tetap bersama suaminya meskipun sedang berdepan dengan ujian yang berat.
Tak mengapa sayang, kita lalui ujian ini bersama.
Janji dengan saya, awak akan sentiasa kuat dan saya akan selalu berada di samping awak.
Love you husband.
Doa netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesembuhan Farizat dan menyifatkan Syura sebagai seorang isteri yang kuat dan setia.
Ya Allah, Kau kurniakan kesembuhan segera buat suami Syura, Kau kurniakan kesabaran dengan penuh kasih sayang kepada mereka.
Tengoklah pengorbanan seorang isteri. Suami ditimpa musibah harungi dan hadapi bersama-sama.
Cepat sembuh dan semoga dipermudahkan rawatannya. Tabah dan sabar ya dengan ujian ini.
Terdahulu, Syura memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.
Sumber: TikTok Syura