berita

Video : Taeyang Tolak Sentuh Peminat Wanita Islam Kerana Hormat Sensitiviti

February 9th, 2015 | by Wan
Kini Trending

tae

Kelmarin telah berlangsung konsert penyanyi K-Pop terkenal Taeyang ‘2015 Taeyang World Tour Rise In Malaysia’ di Stadium Negara. Selepas kejayaan konsert solonya ‘Rise’ yang berlangsung di Seoul Korea pada Oktober tahun lalu, kedatangan Taeyang ke Malaysia cukup dinantikan peminatnya.

Namun apa yang menarik perhatian kami ialah gelagat Taeyang menolak untuk menyentuh peminat yang beragama Islam. Nampaknya Taeyang awal-awal lagi dah ‘study‘ insiden gadis bertudung dipeluk artis K-Pop tempoh hari.

Pujian Buat Penganjur

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop, B1AF bersama 3 peminat remaja bertudung pada konsert 10 Januari lalu mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Peka dengan insiden tersebut, penganjur konsert Taeyang, IME Production wajar diberikan pujian kerana mengambil langkah sepatutnya agar peristiwa lalu tidak berulang.

Jika diperhatikan sepanjang rakaman video tersebut, Taeyang berjaya mengikut ‘arahan’ yang diberikan kepadanya walaupun ramai peminat menghulurkan tangan.

Saya Tak Dibenarkan Sentuh Kamu – Taeyang

tae3

Menerusi perkongsian peminat Taeyang di laman Twitter, gelagat penyanyi ini yang meletakkan tangannya di belakang agar tidak menyentuh peminat beragama Islam mendapat pujian ramai.

tae4

Taeyang kini sedang berada di Singapura sempena konsertnya di sana dan bakal ke Indonesia. So macam mana peminat K-Pop semua, puas hati dengan konsert Taeyang hari itu? Jangan risau sebab apa yang pasti JAWI takkan kacau korang kali ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×