berita

[VIDEO] Tak Guna Muka Cantik Kalau Pengotor Macam Ni Kak Oi!

March 1st, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Jijik dan geli! Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan situasi sebuah bilik yang dipenuhi dengan sampah sarap. Bukan itu sahaja, barangan peribadi pemilik bilik itu juga, sudah bercampur dengan longgokan sampah.

Artikel Berkaitan: Hidup Dipenuhi Sampah Sarap, Gadis Dedah Housemate Rupanya Hidap Penyakit Hoarding Disorder

Artikel Berkaitan: ‘Muka Cantik, Ayu Tapi Pengotor!’ – Pelajar Kongsi ‘Housemate’ Beri ‘Hadiah’ Sebelum Berpindah

Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Muka Cantik Tapi Pengotor…’ – Wanita Luah Rasa Kecewa Rumah Berselerak Macam Diserang Haiwan

Keadaan bilik yang mengundang haiwan perosak ini, diterjemahkan menerusi satu video yang dikongsi seorang pemuda dikenali sebagai FlJasmy, di laman Twitter. Tak boleh dibayangkan bau bilik ni, mesti ‘umphhhhhh’ bau dia!

‘Syurga’ sampah

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, memaparkan keadaan sebuah bilik yang dipenuhi dengan timbunan sampah. Bukan itu sahaja, jika dlihat di atas katil mahupun atas lantai terdapat bungkusan makanan yang dipercayai sudah habis dimakan dibuang merata-rata tanpa dimasukkan ke dalam tong sampah. Kalau nak jalan pun, mesti susah ni sebab dah penuh dengan sampah!

Dalam hidup kita, tak kisahlah kita ni miskin ke kaya, handsome ke, cantik ke, pandai ke, kebersihan kena jaga. Nampak ni, belajar tinggi-tinggi, kerja bagus, gaji 5-4 ribu tak lari. Tapi benda paling basic bilik, Ya Allah, macam ni.

Pada masa yang sama, pemilik video ini sempat memberikan ‘hint‘ bahawa penghuni bilik ini merupakan seorang yang berpelajaran tinggi dan mendapat gaji yang lumayan pada setiap bulan. Tidak berakhir di situ, lelaki ini juga turut kesal melihat keadaan bilik itu, dan sempat memberikan nasihat kepada orang ramai untuk menjaga kebersihan terutamanya bilik sendiri.

Ingatlah kebersihan kena jaga, bilik kita, tempat tidur kita. Ini memang kisah benar, bagi pengajaran untuk kita semua. Please dont be like this! Tolong jaga kebersihan.

Namun, pemilik video itu sama sekali tidak mendedahkan pemilik bilik itu lelaki mahupun perempuan. Tapi, jika dilihat menerusi baju yang tergantung itu, bilik ini dipercayai didiami oleh perempuan.

Video penuh

Respon warganet

Sumber: FlJasmy

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Media Group
Have courage and be kind.

SKIP THIS AD ×