Cahaya mata kepada pelawak dan penyampai radio Shuib, iaitu Dzahira Talita Zahra berkongsi salah satu sebab mengapa dia mahu menyanyi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Bakal Muncul Di Bukit Bintang Untuk ‘Show’ Pertama – ‘Rupanya Dia Memang Tunggu Peluang Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Menangis Menyanyi Lagu Kesetiaan
Sebab mahu menyanyi
@jumaidialijunaid Talita kongsi sebab2 dia nak mula menyanyi. salah satu puncanya sebab orang dah tak suka daddy @shuibsepahtu #talita #shuib #dekta #sitisarahraisuddin #anakbaik
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shuib bertanya kepada anak perempuannya itu apakah punca dia memilih untuk menyanyi.
Kenapa tiba-tiba nak menyanyi? Ada sebab-sebab lain ke mimpi?
Menurut Talita atau mesra disapa Dekta itu, dia merasakan ramai yang tidak menyukai bapanya.
Justeru, menerusi nyanyiannya, kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut mahu orang ramai kembali menghargai Shuib.
Tak ada.
Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi saya nak buat orang suka dengan daddy balik.
Daddy selalu minta untuk doakan daddy.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu mendengar jawapan Talita dan dalam masa yang sama, mereka meminta semua pengguna media sosial menjaga penulisan ketika meninggalkan komen.
Sebab itu jangan tulis bukan-bukan di komen. Anak-anak akan baca, sedih bila anak baca ibu bapa dikecam macam-macam.
Dia ada telefon dan dia boleh baca apa netizen komen termasuk komen yang bukan-bukan.
Talita macam arwah ibu, selalu lindungi dan backup daddy.
Hati-hati nak komen dalam media ni.
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Ketika persembahan tersebut, Talita tidak dapat menahan air mata malah telah membuatkan ramai sebak melihat kerinduannya terhadap bonda tercinta.
Untuk info, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya ketika kandungan berusia lapan bulan.
Sumber: TikTok