Oleh kerana sifat penting diri, dua buah kereta telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut berjaya dirakam. Menerusi Facebook Nicholas Yap, dia berjaya merakam tindakan sebuah kereta jenis Honda Jazz memandu dalam keadaan sangat perlahan di laluan paling kanan yang merupakan laluan laju.
Setelah dia memberi isyarat lampu tinggi supaya memberi laluan, pemandu Jazz berkenaan bertindak memberhentikan kereta di tengah-tengah lebuhraya. Disebabkan tindakan kereta Jazz itu, kereta di belakangnya yang merupakan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini terlibat kemalangan.
Pemandu ‘gila’ berhenti tengah jalan
https://www.facebook.com/nicyhl/videos/pcb.10157210097899315/10157210089249315/?type=3&theater
Kepada pemandu Lamborghini di belakang saya, saya meminta maaf, tolong saya mencari pemandu ‘gila’ Honda Jazz di hadapan saya. Apa yang terjadia pada masa itu : pemandu Honda Jazz (WNA 2331) memandu terlampau perlahan di laluan kanan dalam tempoh masa yang lama. Selepas saya memberi isyarat lampu, pemandu gila tersebut bertindak berhenti secara mengejut di tengah-tengah lebuhraya (lebuhraya utara-selatan sebelum susur keluar Sungai Buloh). Pemandu Lambogini sempat berhenti di belakang saya namun dia dilanggar oleh sebuah lagi kereta di belakangnya. Saya tidak turun dari kereta kerana anak dan isteri saya di dalam kereta. Sesiapa yang tahu apa yang boleh saya buat dengan rakaman ini?
Sikap pemandu Honda Jazz tersebut sememangnya merbahayakan pemandu lain di atas lebuhraya. Nicholas menyeru agar sesiapa yang mengenali pemilik kenderaan Honda Jazz berkenaan untuk tampil memberi penjelasan angkara tindakannya itu.
Keadaan kereta BMW
Berikut merupakan keadaan kereta BMW yang tidak sempat berhenti sebelum melanggar belakang kereta mewah Lamborghini.
Buat laporan pihak berkuasa
Rata-rata netizen menyuruhnya untuk membuat laporan polis dengan menunjukkan bukti rakaman tersebut. Pihak berkuasa turut digesa agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu Honda Jazz kerana membahayakan pemandu lain dan juga mengakibatkan kemalangan kepada orang lain.
Sumber: Nicholas Yap