berita

[VIDEO] ‘Tetap Menjadi Satu Keluarga Sampai Bila-Bila’ – Hubungan Hidayah Dengan Keluarga Kakak Ipar Baik Sahaja

March 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali menyangkal persepsi negatif netizen mengenai hubungan ‘keruh’ dengan keluarga ipar selepas pemergian abang kandungnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Peguam Jelaskan Mengapa Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Bakal Disita

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil’ – Ali Puteh Kecewa Rumah Arwah Mak Bakal Disita

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidayah Abam Sedih Tak Boleh Masuk Rumah Arwah, Gesa Ali Puteh Cepat Bayar RM60,000

Bawa makan angin

@hidayah_hamzah

Kenangan Bersama Keluarga Kakak iparku Alhamdulliah dikelilingi orang yang sangat2 baik Walupun arwah abgku Tiada tetap menjadi satu keluarga smpai bila2 ??#keluargamertuaabang #happyfamily #alfatihaharwahabangku #loveyoukakakiparku #sayanganak2buahku

? Somewhere Only We Know – Gustixa

 

Menerusi video yang dimuat naik, Hidayah dilihat membawa anak menakan dan kakak iparnya pergi ke Padang Besar, Perlis untuk ‘makan angin’. Menurut Hidayah, meskipun abangnya sudah 12 tahun pulang ke negeri abadi, hubungan mereka bersama keluarga kakak ipar tetap terjalin baik sehingga ke hari ini.

Bersama anak-anak arwah abangku.Kenangan bersama kakak iparku. Alhamdulillah, dikelilingi orang yang sangat baik walaupun arwah abangku tiada, tetap menjadi keluarga sampai bila-bila.

Ujar Hidayah lagi, mereka sekeluarga sangat menjaga baik amanah untuk mengasihi anak-anak yatim.

@hidayah_hamzah

Replying to @syumuljannah_80 Alhamdulliah menjaga Amanah Arwah Abang Tinggalkan menjaga anak2nya Penuh Kasih Sayang Dan IsTerinya ,12tahun Arwah Abangku Tiada Tetap menjadi 1 keluarga ??#anakyatim #menjagaanakyatimrezekimelimpahruah #alfatihaharwahabangku #loveyoukakakiparku

? Alhamdulillah (Cover) – Keysha andin

Terdahulu, kemelut antara hubungan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali masih belum menemui titik noktah.

Mana taknya, timbul satu lagi dakwaan mengatakan dia kini menerima notis daripada pihak mahkamah berhubung perintah sita kediaman arwah ibunya, Sabariah Arshad yang terletak di Gombak, Selangor.

Sumber: Tiktok

SKIP THIS AD ×