Gara-gara ramai yang mempersoalkan lesung pipit pada wajah, penyanyi Tom akhirnya tampil menjelaskan tentang perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Tak Lupa Saudara Islam, Sharif & Syaiful Zero Sumbang Sebahagian Wang Hadiah RM10,000 Kepada Palestin
Artikel Berkaitan: ‘Memang Nak Peluk Dia Hari Ni…Kesian Sangat’ – Tom Beri Semangat Buat Shila Amzah Sebelum Famili Duo Bermula
Ramai bertanya
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram berkata lesung pipit tersebut bukanlah asli kerana ia adalah kesan tindikan yang kekal pada kulit wajah.
Ada yang mempertikaikan tentang Tom punya lesung pipit, original ke palsu.
Memang palsu pun, ini bukan orginal. Bila senyum ke tak senyum tetap ada.
Dulu Tom suka bertindik, zaman-zaman jahiliah dulu. Muka Tom penuh dengan tindik. Salah satu kesan tindik di sini (bahagian pipi).
Dalam pada itu, peserta Famili Duo musim ketiga ini menjelaskan bahawa kesan tindik tersebut telah menyebabkan tisu wajahnya rosak sehingga meninggalkan kesan seperti lesung pipit.
Bila tindik terlalu lama tisu pipi rosak akan nampak kesan macam lesung pipit. Jadi sampai bila-bila lah jadi parut.
Tom tak malu pun nak mengaku, kalau palsu, palsu sahajalah.
Sekadar info, Famili Duo bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023 atau strim di www.tonton.com.my.
Program itu turut menyaksikan lima lagi peserta lain termasuk Sharif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Ryan dan Adam Bakery, Shila dan Syahir Hamzah serta Adira dan Emma Suhaimi.
@rajakingtom
Sumber: TikTok Tom