berita

‘Memang Nak Peluk Dia Hari Ni…Kesian Sangat’ – Tom Beri Semangat Buat Shila Amzah Sebelum Famili Duo Bermula

October 13th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, isu keluarga yang dihadapi penyanyi, Shila Amzah masih berterusan apabila ibu dan adik beradiknya masih mengeluarkan kenyataan di media sosial.

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa simpati sebaik sahaja melihat keadaan Shila Amzah pada waktu ini. Lebih-lebih lagi, pelantun suara ‘Patah Seribu’ itu bakal bertanding dalam program Famili Duo musim ketiga, Ahad ini.

Artikel Berkaitan: ‘Mari Sini Aku Ajar Macam Mana Nak Jadi Suami, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan’ – Ubai Dedah Kena Sindir Dengan Shafiq Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’

Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?’ – Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah

Sampai terus cari dia

Di Instagram, penyanyi Tom memuat naik satu video di mana dia terus mencari Shila Amzah ketika sesi latihan, semalam. Menurut Tom, dia mahu memberi pelukan sebagai tanda semangat buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Sampai-sampai terus cari dia. Memang nak sangat peluk dia hari ini. Kita menangis tengok video dia semalam. Kesian sangat. Love you always Shila Amzah. Semoga terus kuat. Jangan lupa sokong Tom Fuad, Shila dan Syahir Ahad ini di Famili Duo.

Terdahulu, pempengaruh media sosial Ubai MZ menyatakan dirinya akan terus berada di sisi isteri tercinta sepanjang program tersebut berlangsung.

Sekadar info, Famili Duo akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023 atau strim di www.tonton.com.my.

Sumber: Tom

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×