Penyanyi, Tomok bersyukur akhirnya berkesempatan menunaikan ibadah umrah buat pertama kali di Tanah Suci, Mekah.
Artikel Berkaitan: Tomok Dapat Rezeki Yang Tidak Disangka Selepas Insiden Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku
Sebutkan nama kami
Menerusi posting di Instagram, pelantun suara ‘Meraung’ itu dipercayai berangkat ke Tanah Suci, semalam. Rakaman video pendek yang dimuat naik di media sosial itu juga jelas kelihatan anak sulung Tomok iaitu Arrian sedang melaungkan azan sebelum Tomok berangkat ke lapangan terbang.
Ujar isteri Tomok iaitu Ayu Abas, dia berdoa agar segala urusan suaminya di sana dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.
Selamat menunaikan ibadah umrah suamiku. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Lambaikan dan sebutkan nama dibu, arrian, andra dan khadijah depan Ka’bah. Semoga ada rezeki kita pergi ke rumah Allah di Mekah satu keluarga nanti, Amin.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Ayu Abas