Seorang usahawan wanita, Nurain Abdullah mendedahkan dia dan bekas suaminya tidak menemui jalan penyelesaian semasa proses sulh di mahkamah bagi membincangkan tuntutan nafkah anak.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Bersuka Ria Cuti Sana Sini, Nafkah Tak Ditinggalkan’ – Bekas Isteri Boss Kay Dakwa Perlu Langsaikan Hutang Bekas Suami
Artikel Berkaitan: Anak Geram! Bapa ‘Biawak Hidup’ Tak Mahu Cerai Ibu, Beri Alasan Nak Makan Pencen
Tuntut nafkah makan
Gambar sekadar hiasan
Menerusi hantaran di TikTok, usahawan tersebut meluahkan rasa kesal kerana bekas suaminya menawarkan sejumlah wang yang dikatakan tidak relevan dengan perbelanjaan makan seorang anak.
Dia nak bagi nafkah makan anak-anak saya untuk belanja makan seorang dicadangkan pada mulanya RM200 sahaja sebulan. Saya tak setuju, kemudian dia naikkan lagi RM250 sebulan dan saya masih tak setuju.
Sebab saya tuntut nafkah anak setiap orang itu tidak melampau. Kalau satu kali makan RM5 pun dengan tiga kali makan dah berapa..kali dengan sebulan pun dah berapa.
Dalam pada itu, Nurain menjelaskan bahawa jumlah tuntutan nafkah tersebut dimohon adalah bersesuaian dengan keadaan kewangan bekas suaminya itu.
Bagaimanapun, dia mendakwa tindakan untuk mengurangkan lagi jumlah nafkah adalah melampau berikutan ekonomi ketika ini.
Saya tuntut tak sampai RM5 pun sekali makan sebab saya faham keadaan dia sekarang.
Jadi dia tak terima tuntutan saya dan saya pun tak terima dengan pembelaan dia.
RM250 zaman sekarang ini makanan anak kucing lagi besar, nak bagi dekat anak aku..agak-agak la.
Sempat melancong
Gambar sekadar hiasan
Nurain juga mendedahkan bekas suaminya turut memberikan alasan bahawa dia perlu menanggung anak tirinya (anak isteri baru) namun lelaki itu dilihat sempat pula melancong bersama keluarga barunya.
Alasan dia tak mampu tapi masalahnya aku tengok ‘enjoy’ je laki bini, jalan ke sana ke sini, melancong.. tapi kata tak mampu.
Dia bagi alasan yang dia ada tanggungan lain, dua orang..anak kandung dengan isterinya sekarang dan anak tirinya.
Kau nak tanggung anak tiri kau terpulanglah, cuma jangan sampai hak anak kandung kau kurangkan.
Dalam masa yang sama, bekas suami usahawan tersebut juga menawarkan dirinya untuk menjaga anak-anak mereka bagaimanapun wanita itu mendakwa itu hanyalah helah semata-mata.
Dia kata ‘tak apa kalau macam itu biar anak duduk dengan aku’. Tapi aku tahu niat kau, kau nak ambil anak. Bila dah besar kau nak ambil balik, masa kecil kau serah dekat aku.
@nurain941 @NURAIN ABDULLAH NEW ACC
Sumber: TikTok