Baru-baru ini tular di platform X, seorang individu bertindak mendedahkan rakannya yang tidak memulangkan pakaian yang dipinjam sehingga mendapat perhatian pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad.
Artikel Berkaitan: Suami & Ibu Mentua Uyaina Arshad Paling ‘Chill’ – ‘Tak Pernah Kisah Saya Pandai Siang Ikan Ke Tak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Naikkan Gaji Hos!’ – Netizen Puji Uyaina & Jirayut Bantu Terjemah Pelbagai Bahasa Untuk Peserta Program Dangdut
Pentingnya ‘common sense’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkongsi kisah sama yang pernah berlaku kepadanya ketika di bangku sekolah.
Waktu saya sekolah menengah dulu, ada seorang perempuan pinjam baju kurung saya. Ini bukan isu tak pulangkan balik, dia pulangkan tanpa saya perlu mengemis untuk dapatkan balik baju itu.
Tapi dia pulangkan balik dengan ‘aksesori’ tambahan. Baju tak berbasuh dan ada kesan ‘bocor’ dekat kain baju kurung itu. Maknanya ada kesan darah kering. Saya cium baju itu dengan harapan ia berbau wangi tapi dah berbau ketiak campur perfume (minyak wangi).
Menurut Uyaina, dia telah bertindak menegur gadis itu sebelum memintanya untuk mencuci pakaian tersebut.
Saya bukan nak aibkan, lagi pun tak ada sesiapa pun kenal dia. Ini cuma pengajaran, saya pun dah maafkan orang yang pinjam baju kurung saya tu.
Justeru itu, Uyaina menekankan bahawa setiap individu perlulah mempunyai kesedaran sendiri dan adab ketika meminjam barang orang.
Ini adalah ‘common sense’ bila dah pinjam barang orang, pertama sekali pulangkan barang itu sebelum pemiliknya minta berulang kali. Sama juga untuk orang yang berhutang duit. Yang kedua, pulangkan balik barang yang dipinjam dalam keadaan yang sama semasa dipinjam.
Menjegah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan Uyaina malah ada juga yang pernah berdepan situasi yang sama.
@uyaina.arshad Tengah scroll X, tetiba terbaca tweet ni. Korang pernah face tak benda ni? Orang pinjam barang korang, pastu tak pulang2 kan. Yang kes macam I kena tu, ada jugak yang pernah kena tak? ? Meh share! Haih.. Common sense lah benda yang paling tak common ?
Sumber: TikTok Uyaina