berita

[VIDEO] Viral Video ‘Bertengkar’ Dengan Peniaga Bazar, YB Norhizam Cuma Minta Ikut SOP

April 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebuah video viral menyaksikan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee ‘bertengkar’ dengan peniaga di bazar Ramadan Peringgit, Melaka. Menurut laporan Harian Metro, tindakannya itu dipercayai bagi peniaga-peniaga di bazar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Artikel berkaitan: Viral Video ‘Bertekak’ Dengan Polis Pula, Exco Melaka Cuma Nak Melawat Kawan

Melihat SOP dilaksanakan penganjur

Datuk Norhizam memberitahu dia ke bazar tersebut sekitar 6 petang dan terdapat segelintir peniaga yang didakwa melanggar SOP.

Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu pasar Ramadan ditutup kerajaan negeri sekali gus menyebabkan mereka rugi. Saya mengunjungi pasar Ramadan berkenaan kira-kira jam 6 petang untuk melihat SOP yang dilaksanakan penganjur di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ada segelintir peniaga terutama yang berniaga di hujung pasar berkenaan, yang minta supaya kerajaan benarkan dua jalan masuk dan dua jalan keluar dibuka di pasar Ramadan berkenaan sekali gus melanggar SOP yang menetapkan hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibuka.

Video YB bikin kecoh di bazar

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Video yang dimuat naik melalui Instagram Sinar Harian berdurasi 4:12 minit menyaksikan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri itu bertengkar mulut dengan beberapa peniaga di bazar berkenaan.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

SKIP THIS AD ×