Meskipun sering dilanda kontroversi, ibu kepada usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim tetap menyayangi dan menghargai jasa anak lelakinya itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Mak Meninggal Tolong Sambung Bacakan Al-Quran Ini’ – Bonda Rozita
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Jemput Fitnah, Dosa Selalu Memburu Hidup Kita’ – Bonda Rozita
Hargai pemberian anak
@jrm.holistik_zilah Tak jadi nak sedih #ibuanak #ibu #kasihibu #tazkirah #nasihat #bondarozitaibrahim #bondarozita #jrm #zilahjrm
Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan Rozita sedang duduk di atas sejadah dan mengenakan telekung berwarna coklat muda yang dihadiahkan oleh Aliff.
Menurut Rozita, kasih sayangnya terhadap Aliff tidak akan berubah walaupun tingkah laku anaknya itu kurang disenangi oleh segelintir individu.
Telekung ini Syukri kasi, ambil berkat anak kita.
Walaupun anak kita orang pandang tak elok, tapi bonda anggap dia baik. Tak baik pada orang, tapi baik pada doa ibunya.
Usahawan berusia 59 tahun itu dilihat tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan Aliff.
Sebak pula saya. Dia WhatsApp pagi tadi dia kata, ‘mak okay ke, sihat ke? Kesian mak, ngeri perjalanan hidup mak’.
Dia sedih. Saya kata dia lelaki, dia tak boleh sedih, dia kena doa untuk saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar luahan hati Rozita dan memahami perasaan seorang ibu.
Betul, jahat di mata orang tapi dia tetap anak kita. Manusia tak lari dari kesilapan, berdoa setiap masa untuk anak-anak, itulah ibu.
Sedih bila dengar suara bonda yang sebak.
Doakan yang baik-baik untuk anak, insya-Alah syurga buatnya.
Sumber: TikTok