Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar, Siti Elizad tidak asing lagi apabila diajukan soalan tentang zuriat. Namun, ucapan suaminya sempena Hari Wanita Sedunia membuatkan dirinya tidak mampu menahan sebak yang dirasai.
Artikel Berkaitan: ‘Ya,Tahu Belum Sempurna’ – Tutup Ruangan Komen, Siti Elizad Tampil Berhijab
Artikel Berkaitan: ‘Dapat Anak Ke Tak Itu Kerja Allah’ – Dituduh Mandul, Siti Elizad Buat Laporan Polis
Artikel Berkaitan: Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Siti Elizad Doa Agar Dikurniakan Zuriat
Panggilan kejutan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, suami kepada Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Sharifuddin membuat panggilan telefon di sebuah stesen radio.
Hal tersebut meraih perhatian warganet apabila Elizad dilihat tidak dapat menahan sebak dengan ucapan yang menyentuh soal zuriat yang diberikan oleh suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman.
Sempena Hari Wanita hari ini, saya ingin mengucapkan kepada isteri saya, wanita yang terhebat. Terima kasih mencintai saya, menjadi isteri yang baik, menghormati dan memahami saya dan yang paling penting menghormati kedua ibu bapa saya.
Walaupun kita belum ada zuriat lagi, tapi tidak mengapa sayang. Mari kita tua bersama, teruskan mencuba dan saya akan terus mencintai awak, Elizad Sharifuddin.
Dalam video itu, Elizad tidak menyangka panggilan itu daripada suaminya. Penyampai radio Sinar itu meluahkan rasa syukur dengan berterima kasih kerana selalu sabar dengan ujian yang diberikan.
Apabila ditanya tentang satu lagu yang ingin ditujukan buat suaminya, Siti Elizad memilih ‘Dirimu Satu’ daripada kumpulan penyanyi Indonesia, Ungu.
@sinar_my Suami Elizad menyamar jadi caller tadi. Sebak dengar ucapan suami Elizad sempena Hari Wanita hari ini. Terutama bila menyentuh soal zuriat ? Beruntung Elizad dapat suami penyayang, penyabar dan sangat memahami. InsyaAllah suatu hari nanti dikurniakan zuriat. Amin #SINARKongsi #PagiDiSINAR #fyp? #xyzbca
Rezeki dapat suami baik
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet memuji sikap Shamsul Baharin yang melayani isterinya dengan baik. Selain itu, terdapat juga doa yang ditinggalkan buat pasangan itu untuk sentiasa tabah menghadapi ujian yang ditakdirkan.
Sumber: TikTok @sinar_my