Baru-baru ini, pempengaruh yang sinonim dengan konten kereta yang dikenali sebagai Abang Tesla telah diundang menjadi tetamu dalam sebuah program poadcast yang dikendalikan oleh selebriti media sosial, Caprice.
Artikel Berkaitan: Caprice Hormat Isteri, Enggan Ulas Isu Poligami – ‘Jangan Tag, Saya Nak Hidup Tenang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dedah Dibuang Sekolah Semasa Darjah 1, Caprice Nasihat Qistina Raisah – ‘Duit Tanpa Ilmu Boleh Ke Laut’
Difahamkan, topik yang dibahaskan dalam poadcast tersebut adalah mengenai isu poligami. Ia susulan kontroversi yang dicetuskan Abang Tesla selepas mengumumkan dirinya telah berkahwin sekali lagi.
Turut sama dalam poadcast tersebut ialah isteri kepada Caprice iaitu Farra Inalis, isteri pertama kepada Abang Tesla, Nurmajdina Jamari serta seorang tetamu berpengaruh yang dikenali sebagai Datuk Nazri Husin.
Hidup pilihan
Di akhir perbahasan, Farra Inalis atau mesra dengan sapaan Elis membuat kesimpulan dengan menyatakan hidup merupakan pilihan.
Jelas Elis, setiap keputusan yang dilakukan dalam hidup adalah pilihan individu itu sendiri bagi menentukan masa depan mereka.
Apa-apa pun dalam hidup ini semuanya bergantung pada pilihan juga.
Abang Tesla ada pilihan untuk berkahwin dua. Wanita juga ada pilihan untuk hidup dengan lelaki itu, mahu stay atau chaw (pergi).
Itu adalah pilihan, itu lah perkara asas dalam hidup ini.
Dalam masa sama, Elis berpendapat sekiranya seseorang wanita itu tidak rela dimadukan, ia juga berhak untuk memilih sama ada mahu kekal bersama suami atau sebaliknya.
Allah itu Maha Adil, Allah beri manusia akal untuk fikir, nak kekal atau nak pergi itu adalah takdir hidup yang perlu manusia pilih.
Jadi, jika lelaki memilih nak berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu stay ataupun ada wanita yang mahu pergi. Tidak salah untuk dua-dua itu.
Hanya perlu hormat keputusan dan pendirian masing-masing.
Netizen setuju
Potongan podcast tersebut telah dirakam dan dikongsikan semula oleh pengguna media sosial di laman TikTok sekali gus menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Rata-rata wargamaya terutama golongan wanita menyokong pandangan yang diutarakan Elis.
Malah, wargamaya dapat merasakan pandangan yang dikemukan Elis itu seakan ditujukan kepada Nurmajdina untuk memberi kesedaran kepadanya.
Video
@nabilasyahmi isu hangat ???? #abgtesla #caprice ? suara asli – Musiceveryday – ?????????????22
Sumber: TikTok