Sekadar gambar hiasan
Umum mengetahui, tahun ini pihak kerajaan sama sekali tidak membenarkan mana-mana individu untuk merentas daerah mahupun negeri bagi tujuan menziarahi sempena hari Raya Aidilfitri.
Jika mana-mana individu yang didapati ingkar akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, individu tersebut boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa. Perintah ini secara tidak langsung menyebabkan anak-anak yang berkhidmat di ibu kota tidak dapat pulang beraya bersama dengan insan yang tersayang.
‘Tetap nak masak’
Foto: Tangkap layar video
Seperti video perkongsian anak perantau dikenali sebagai Iera menerusi sebuah video di laman TikTok, menceritakan satu kisah yang cukup meruntun hati di mana ayahnya beraya secara bersendirian di kampung. Menerusi video tersebut, ayahnya berkongsi juadah-juadah hari Raya yang telah siap dimasak namun, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aktiviti menziarahi sama sekali tidak dibenarkan.
Ayah masak memang sedap. Apa boleh buat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menziarahi pun tidak boleh. Cuma ayah harap anak-anak saudara terdekat menziarahinya. Untuk penganti sebagai anaknya sendiri. Ayah tau anak-anak memang tak boleh balik kampung sebab PKP.
Bercerita lebih lanjut, walaupun ayahnya mempunyai beberapa penyakit kronik, perkara tersebut sama sekali tidak dijadikan penghalang buat dirinya untuk masak walaupun tidak menerima sebarang kunjungan tetamu.
Walaupun ayah ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Ayah tetap nak masak rendang, nasi impi dan kuah kacang di hari raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat ayah tersayang. Maafkan kami tak dapat balik beraya dengan ayah. InsyaAllah kita mesti boleh berjumpa satu hari nanti. Salam dari anak-anak.
Video tersebut bagaimanapun, membuatkan rata-rata warganet berasa sebak dan turut meluahkan rasa rindu terhadap kedua ibu mereka yang berada di kampung halaman.
Video penuh:
@iera_effarizaPagi raya buat sis menangis ? Rindu Ayah? original sound – Iera Effariza
Respon netizen
Sumber: Iera