Penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Husin berkongsi tiga perkataan yang dilarang sebut ketika berada di dalam pesawat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tak Senang Azfar Heri Dapat ‘Sekampit’ Kacang MAS, Zarul Umbrella Bagi Respon – ‘Paling Banyak Pun Dapat Lima Pek’
Ingat tiga perkataan ni!
Menurut Zarul tiga perkataan tersebut ialah, bom, ‘hijack’ dan senjata berbahaya seperti pisau, pistol dan lain-lain. Ujar Zarul, penumpang tidak boleh melawak dan menyebut tiga perkataan ini kerana boleh mengancam penumpang lain dan situasi dalam pesawat. Tambah Zarul, penumpang boleh disuruh keluar dari pesawat sekiranya berbuat demikian.
Bom ni perkataan yang diharamkan dalam pesawat atau penerbangan. Jangan sekali buat main perkataan bom walaupun korang hanya melawak, punchline nak buat lawak. Tidak ya. Bom bukan bahan lawak dalam pesawat. Kedua, perkataan saya ada pisau. Aku ada pistol. Aku ada parang pun tak boleh. Ianya sama level juga dengan perkataan bom itu tadi. Ketiga ialah hijack. Saya nak rampas kapal terbang ni. Korang lambat bagi saya nasi lemak macam itu. Walaupun korang gurau kan, pun tak boleh.
Korang akan dikeluarkan dari pesawat. Mereka akan patah balik. Keluarkan korang.
Video
View this post on Instagram