‘Anxiety disorder‘ merupakan perasaan yang tidak tenang tanpa mengetahui punca yang jelas. Hal ini pastinya sukar untuk dikawal dan hanya golongan yang mengalami penyakit ini akan memahaminya.
Begitulah kisah pelawak dan pelakon Zizan Razak yang berkongsi pengalamannya apabila mengalami penyakit ‘Anxiety‘.
Artikel Berkaitan: ‘Show Off’ Lengan Berotot, Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
Artikel Berkaitan: Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex – ‘Doakan Yang Baik-Baik’
Artikel Berkaitan: Zizan Razak Tak Tertekan Fikir Soal Jodoh Walaupun Usia Hampir 40 – ‘Ada Niat Nak Kahwin Tapi..’
Masalah kesihatan
Menerusi perkongsian di TikTok, Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak memaklumkan dirinya berkali-kali ke pusat rawatan untuk memerika kesihatan jantung yang sering kali berdegup laju tanpa sebab.
Berdasarkan pemeriksaan lanjut, pelawak berusia 38 tahun itu disahkan oleh doktor bahawa dirinya mengalami ‘Anxiety disorder‘.
Saya rasa dalam ketakutan yang tidak dipanggil. Ianya menyakitkan. Buat itu rasa takut, duduk sorang ataupun ramai-ramai rasa takut. Tapi tak tahu apa puncanya ‘ketakutan’ itu.
Kalau tiba hari sedih, awak akan sedih sangat. Awak akan nangis.
Dalam pada itu, Zizan menyatakan bahawa doktor memberitahu penyakit ini berpunca daripada badan yang kurang mendapatkan rehat yang secukupnya.
@zizangreal Korang ada pengalaman anxiety? Betul ke rasa cam ni? #zizanrazak #ameliahenderson
Yang rasa je faham
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami dengan kisah yang dikongsi Zizan kerana mereka turut mengalami masalah yang sama. Selain itu, terdapat juga netizen yang tidak mempercayai pelakon yang sentiasa ceria itu mengalami masalah kesihatan tersebut.
Sumber: TikTok @zizangreal