Baru-baru ini, pelakon Zul Ariffin meraih perhatian ramai apabila gambarnya menyambut perayaan Aidilfitri bersama penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai tular di media sosial sehinggakan ramai yang mendakwa mereka kembali menjalin hubungan percintaan.
Susulan itu, OhBulan! tampil mendapatkan respon Zul berhubung dakwaan tersebut.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Zul Ariffin & Gayatri Masih ‘Couple’?
Gayatri dah macam ‘family’
Ketika ditemui OhBulan!, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata sudah menjadi rutin pada setiap tahun buat Gayatri untuk berkunjung ke rumahnya dan menyambut perayaan Aidilfitri bersama ahli keluarganya.
Malah, ibu kepada Zul iaitu Allahyarhamah Robiah Nasir juga begitu menyayangi Gayatri yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Gayatri akan beraya bersama keluarga saya pada setiap tahun.
Dia juga dah macam keluarga dan daripada dulu lagi arwah mak saya sayang sangat dekat dia, dah anggap dia macam anak sendiri.
Dan kalau korang perasan, setiap tahun akan ada gambar raya saya bersama Gayatri cuma gambar yang terbaharu ini tak ada abang saya saja.
Zul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem ‘Sheriff’ yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Ketika ditanya adakah gambar tersebut merupakan ‘hint’ majlis perkahwinannya semakin dekat, pelakon yang popular dengan filem ‘J Revolusi’ ini memaklumkan dia sentiasa berusaha untuk melangsungkan perkahwinannya dalam keadaan dirinya sudah bersedia.
Justeru itu, Zul memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudah.
Topik mengenai hari bersejarah (perkahwinan) saya daripada lima tahun lepas lagi ramai orang kata dah semakin hampir tapi tak hampir-hampir lagi pun.
Saya tak pernah kahwin lagi jadi bila saya nak kahwin nanti sudah pasti saya akan uar-uarkan.
Setiap tahun juga saya cuba untuk melangsungkan perkahwinan tetapi tak jadi-jadi. Tolong doakan saya ya.
Cuma saya tak pernah doa untuk kahwin cepat. Saya hanya berdoa agar bila perkahwinan itu berlangsung segala urusan dipermudah dan dilakukan dalam keadaan saya sudah bersedia.
Sekadar info, Zul dan Gayatri dilaporkan pernah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2012 namun hubungan tersebut dikhabarkan terputus di tengah jalan selepas tiga tahun.
Zul juga pernah menyatakan Gayatri adalah wanita istimewa dalam hidupnya dan lebih manis, dia turut hadiahkan kereta mewah kepada penerbit itu pada 2022.