Persembahan penyanyi Datuk Aishah ketika menyampaikan lagu Terlanjur Cinta pada konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu telah menerima kecaman segelintir netizen apabila dikatakan kurang menyengat.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Boleh Kata Apa Sahaja, Tapi Tidak Boleh Tarik Gelaran Legend’ – Vince Chong Minta Aishah Abaikan Komen Negatif
Artikel Berkaitan: ‘Kali Ini Sudah Melampau! Awak Hina Keturunan Saya, Bala Lah Kau Azwan Ali’ – Aishah
Berikutan daripada itu, Aishah memberitahu dia enggan menjawab mengenai isu kecaman tersebut.
Enggan menjawab
Ada yang tak puas hati bila saya enggan menjawab sama ada saya performed ok ke tidak semalam. Saya tak nak nak menjawab. Kalau saya jawab saya will be hit hard like Gaza. Itu bukan suatu penghinaan atau tidak sensitif terhadap isu Gaza. Itu perumpamaan saya yang kalau jawab saya akan dibedil hebat oleh orang di luar sana.
Menurut Aishah, dia enggan mengulas lanjut mengenai persembahannya pada malam tersebut kerana yakin netizen di luar sana pasti akan menghentamnya.
Di samping itu, Aishah berkata dia tidak pernah menghina Vince selaku rakan duet malah, menganggap penyanyi itu seperti anaknya.
Satu lagi ada yang menuduh saya menghina Vince bila saya sebut macam menyanyi dengan anak. Ianya bukan penghinaan langsung, cuma Vince betul-betul ingatkan saya pada anak yang dah tak jumpa lebih setahun. I was blessed to have Vince to duet with, because he has such a positive attitude. Orang takkan tahu apa yang kita lalui dibelakang tabir dan tak mungkin kita dapat menjelaskannya kepada semua pun.
Jadi saya tak faham mana yang komen pasal Vince macam anak saya itu yang offensive. Hahaha my motherly instincts kicked in hehehe made sure dia makan gets rest dan lain-lain. Saya dan kelab peminat dapat bergambar bersama dia dan isterinya untuk ucapkan apresiasi kami. Mana yang hina ni saya seriously tak faham. Rasa macam hidup dalam planet lainlah sekarang, terlalu banyak sangkaan buruk.
Sumber: Aishah