berita

Viral Acappan Peluk Islam, Adam Corrie Jelaskan Ramai Minta Dirahsiakan Syahadah Kerana…

June 13th, 2016 | by Wan
Kini Trending

adamohbulan

Viral tentang penghijrahan seorang artis tempatan, Acappan yang dikatakan telah memeluk Islam sejak semalam akhirnya dinafikan oleh tuan empunya badan.

Artikel Berkaitan : Saya Suka Islam Tapi.. – Accapan Nafi Peluk Islam & Minta Henti Sebar Berita Tak Betul

Peka dengan isu ini, Adam Corrie melalui statusnya berkongsi sebab mengapa ramai saudara baru minta untuk dirahsiakan penghijrahan mereka.

Minta dirahsiakan bersebab

ac

Sepanjang sy terlibat dgn pengislaman saudara baru. Ada yang meminta syahadah mereka di rahsiakan dahulu. Hormati hak dan permintaan mereka.

Seperti saya, saya juga tidak war-warkan pengislaman saya… Tp apabila ada yang perasan perubahan pd diri saya, baru sy mengaku saya sudah Kembali kepada Fitrah.

Sebenarnya ramai yang meminta dirahsiakan syahadah mereka. Antara sebab

1.Empunya diri belum bersedia berhadapan dgn orang ramai samada yang muslim, not yet muslim dan non muslim.

2. Takut ahli keluarga tidak boleh menerima diri mereka kerana sudah beragama lain.

3. Takut terima ancaman dari pihak yang tidak menyukai mereka yang telah syahadah

4. Majikan yang seagama dulu akan behentikan kerja / memulaukan mereka

5. Yang empunya bisnes , susah utk dapat projek..

Mereka masih baru, beri sokongan

Jadi mereka perlukan masa utk war-warkan pengislaman mereka. Apabila tiba masanya mereka akan umumkan sendiri atau lambat laun orang sekeliling akan sedari dengan perubahan diri mereka.

Jgn cepat buat andaian kalau alasan yang mereka berikan anda rasa tak masuk akal.
Mereka masih baru dlm Islam.. Sokongan dan pemahaman ttg Islam amat di perlukan oleh mereka.

Kita tidak berada di tempat mereka, zaman Rasulullah dulu pon.. Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi dahulu. Tp apaBila dah tiba masanya.. Secara terang-terangan..

Doakan yang baik-baik untuk hati yang sedang dijinakkan.. Dakwah bukan cara paksa.. Dakwah kita biarlah lembut , santun dan penuh berhikmah.

Menurut laporan Mstar, Acappan ada memaklumkan tentang minatnya dan sedang mendalami agama Islam. Namun dirinya masih lagi belum bersedia untuk memeluki Islam seperti yang diviralkan.

Sumber : Adam Corrie

SKIP THIS AD ×